Rabu, 31 Julai 2019

Nasi Ayam Paling Sedap di Semenyih

 

Kami mencuba keenakan Nasi Ayam di Semenyih. Ada dua nasi ayam sedap di pekan ini. Kami mencuba Nasi ayam yang lokasinya di depan padang SJKC Semenyih. Di warung yang sama juga ada Cucur Udang dan Tauhu goreng yang sedap. Orang ramai sentiasa penuh dan kena beratur. Kalau sebut Semenyih, kita akan ingat Bukit Broga. Mungkin bukit untuk hiking yang paling popular di Malaysia. Selain itu, Semenyih juga popular dengan kawasan kediaman yang besar.

Dengan Taman dan landskap yang cantik. Dulu Semenyih berada di bawah Negeri Sembilan. Sebab itu asal nama Semenyih dari dialek Nogori yang bermaksud “Sembunyi”.

OK hari ini saya tak nak panjat Bukit Broga Semenyih. Tapi saya nak panjat satu bukit yang cantik dan mendamaikan. Lokasinya di Setia Ecohill Park.

Dari atas bukit ini nanti kita boleh nampak pemandangan 360 darjah. Serta pemandangan gunung -ganang sekeliling termasuklah Bukit Broga. Taman ini mempunyai keluasannya 11 ekar. Mula dibuka sejak Oktober 2013. Anda kena naik berpusing-pusing beberapa kali. Terdapat 3 pusingan untuk sampai ke puncak bukit. Saya suka bukit ini kerana tidak terlalu tinggi iaitu 92 meter dari paras laut.

Namun begitu, sudah cukup untuk membakar kalori dan membuatkan saya tercungap-cungap. Di puncak ini, anda dapat melihat permandangan sekeliling yang cantik dan juga kedua-dua puncak Bukit Broga. Pekan Semenyih pun boleh dilihat di atas puncak bukit ini.

OK, dah penat berselfie, jom kita merayau cari makan di Pekan Semenyih. Ada 2 Nasi Ayam yang sedap di Semenyih ini. Yang pertama, adalah Nasi Ayam Depan BSN Semenyih.

Satu lagi Nasi Ayam depan Padang Sekolah Cina Semenyih. Atau dipanggil Kedai Nasi Ayam, Cucur Udang & Tauhu.

Ketiga-tiga menu ini dijual di didalam kedai yang sama. Pasti sesiapa yang telah tinggal lama di Semenyih ini tahu kewujudan kedai makan yang sedap ini. Ada yang mengatakan kalau di Kajang terkenal dengan satay.

Di Semenyih pulak adalah Nasi Ayam depan Padang Sekolah Cina. Sebaiknya datang awal dalam jam 10.30 pagi. Takut selepas jam 11.00 pagi dah mula beratur panjang.

Tips untuk anda, bahagian kiri beratur untuk Cucur Udang dan tauhu. Kalau makan disini boleh order di meja. Hehe.. kalau nak bungkus kena beratur.

Di sebelah kanan pulak, beratur untuk nasi ayam. Untuk nasi ayam samada nak makan atau bungkus tetap kena beratur. Saya order 2 nasi ayam dan juga Cucur Udang serta tauhu. Kenapa agaknya popular sangat kesemua menu disini? Patutlah.. bagi saya kesedapan nasi ayam ini adalah terletak kepada kuah merah lada dan sup.

Manakala, cucur udang dan tauhu pula keduanya garing diluar dan lembut didalam. Paling best sos pencicah ni.. memang boleh membuatkan sesiapa rasa bahagia. Mai lah datang ke Semenyih, kita beriadah dan menikmati nasi ayam legend disini.

Walaupun kedai ini tidak ada nama, disebabkan kesedapan ketiga-tiga menu ini telah berjaya menjadikan ia begitu popular.



Google Map:

Nasi Ayam Depan Padang SKJC Semenyih https://goo.gl/maps/nRn1d4eTeadMB2Uo6 Google Map: Setia Ecohill Park Taman yang cantik serta bukit setinggi 92 Meter dengan pemandangan 360 darjah sekeliling Semenyih/ https://goo.gl/maps/9z4gX2LQwbMBpkWD7 Google Map Nasi Ayam 'Depan BSN' Ini nasi ayam sedap satu lagi di Semenyih. Kami tak sempat mencuba pada hari itu. Next time lalu sini pasti singgah :-) https://goo.gl/maps/6tLAB29ZkLDivNuP6

Sehingga berjumpa lagi di next topik..

Ahad, 21 Julai 2019

Durian Hutan Hulu Langat Memang Menyengat

                                                                




Ok kome dengoyan udah luroh

Lebih baik cepat pegi suloh

Lambat sikit kome dapat habuk

Kalau tido jawabnye tinggey pokok



Musim durian sudah tiba, walaupun orang sibuk mencari Durian Musang King. Tapi saya ingin mencuba yang lain sikit. Dengar cerita ada banyak durian kat area Hulu Langat, Selangor. 


Saya ke Kampung Pangsun, di hujung jalan Hulu Langat untuk mencari Durian Hutan. Tak adalah jauh sangat, jarak dari Amapang ke Hulu Langat ini lebih kurang dalam 24KM. 

      

Niat dihati nak pergi balik hari, tapi terfikir pulak kalau dah makan banyak durian nanti badan mesti panas.

Alang - alang dah sampai, apa salahnya kalau tidur di salah satu chalet di tepi sungai. 


Sambil menikmati dan melantak durian di dalam gazebo betul - betul tepi sungai. Bila badan dah berasap..cebushhh terus terjun dalam sungai 😑. 



Sebelum merayau mencari durian, saya singgah dulu check in di sebuah chalet yang terletak paling hujung sekali di tepi sungai. Nama chalet ini adalah "Impian Rimba Resort" 


Dah settle check in saya terus merayau sehinggalah ke penghujung jalan. Bermula dari pintu masuk resort tadi dah ada beberapa gerai durian. Mata saya melilau mencari, sebab kali ini saya nak cuba Durian Hutan. 



Gagah teruskan pencarian sehingga nampak signboard Hutan Rekreasi Gunung Nuang. Sampai area Masjid Pangsun jalan makin kecil.. ingat nak patah balik. Tapi tup.. tup ternampak gerai durian yang amat besar. 



Wow! Di sini rupanya lubuk durian Hulu Langat "Durian Bukit Gunung Nuang". Buah durian berlonggok - longgok atas tanah. Di sini hampir semua durian bukit. Hmm.. apa beza durian bukit dengan durian kampung ekk 🤔 nampak macam sama jer.



Kawasan ini memang tempat pengumpulan durian dari kawasan sekitar. Durian Bukit, Durian Kampung dan Durian Hutan. Dan yang istimewanya saya juga terjumpa Durian Hanyut 😋 . 


Akhirnya, mata saya ternampak apa yang dicari 'DURIAN HUTAN"

Bro yang jual ini peramah sangat, siap bagitahu ada 2 jenis Durian Hutan. (Durian Hutan Daun & Durian Hutan Sampo). 



Tapi hanya Durian Hutan Daun yang sedap dimakan. Durian Hutan Sampo terlalu pahit tapi ada juga orang yang sanggup makan sebab rasanya unik. 



Saya beli beberapa biji durian hutan dan juga durian kampung untuk dimakan di chalet tepi sungai. Makan durian beramai -ramai dengan famili besar memang suatu momen yang paling indah.



Nak tahu keindahan sungai dan kenikmatan makan durian ditepi sungai. Jom! ikuti saya merayau mencari Durian Hutan di kawasan kampung yang begitu nyaman. Anak -anak sungai yang ada disini sesuai untuk activiti percutian keluaraga. 


   



Lokasi Google Map:  

Gerai Durian Bukit Gunung Nuang

https://goo.gl/maps/AQDhT3teDFrqvmHT6



Lokasi Google Map:

Impian Rimba Resort

https://goo.gl/maps/6UGsk5bvH2kTGHb87

(Resort ditepi sungai di Pangsun Hulu Langat)

website: http://impianrimba.com/



Alamat: 

IMPIAN RIMBA RESORT ENTERPRISE

Lot 8944, Batu 22, Jalan Pangsoon,

Hulu Langat, 43100 Selangor. 

Tel : 03 - 90211221 Fax : 03 - 90211217

Haji Ishak : 019 - 223 5304 

Diyana : 017 - 539 1300

E-mail : impianrimba@yahoo.com

hulu langat resort | chalet hulu langat



Sehingga berjumpa lagi di next topik..

Ahad, 14 Julai 2019

Cara Niaga Nasi Lemak RM1 yang Paling Betul - CT Garden KL

Ramai peniaga mencari pendapatan menjual nasi lemak RM1.

Tetapi tidak ramai yang mengetahui bagaimana cara yang betul untuk menghasilkan keuntungan.

Lihat bagaimana Nasi Lemak CT Garden berjaya menarik pelanggan pelbagai peringkat untuk menikmati keenakan nasi lemak dan pilihan lauk pauknya..

Nasi Lemak CT Garden KL ===================== Hanya RM1 anda dapat menikmati kenikmatan Nasi Lemak yang terletak di Kampung Baru Kuala Lumpur. Keunikan Nasi Lemak bukan sahaja pada harga tetapi juga kepada pelbagai lauk pauk (Add Ons) yang disediakan. Google Map https://goo.gl/maps/MGUarPiwNRUUoZ7WA Taman Eko Rimba KL ================= Ramai pelancong asing terutama dari barat yang suka melawat taman ini kerana terdapat jambatan gantung berbilang tingkat yang panjang dan menarik. Pelancong dapat menikmati keindahan kanopi hutan dengan selesa dari ketinggian yang memukau pandangan. Google Map https://goo.gl/maps/Uend8hxkEf1RwjnF7

Sehingga berjumpa lagi di next topik..

Rabu, 3 Julai 2019

Nasi Beriani Gam Putrajaya Memang Power | Taman Saujana Hijau Presint 11 seperti di Eropah

Nasi Biryani Gam adalah diantara makanan yang paling sedap di Malaysia. Cara masakannya rumit dan resepinya adalah hasil kepakaran turun temurun pelbagai bangsa dan pelbagai generasi selama beratus tahun.

Ikuti perjalanan kami untuk mencari dari mana asal perkataan Biryani Gam. Dari Putrajaya, ke Batu Pahat, ke Melaka, ke India, ke zaman Mughal India dan semakin jauh sehingga seribu tahun dahulu... di Baghdad. Google Map: Kafe Beriani Gam Putrajaya https://goo.gl/maps/JYGTGpVZgsKLqFRC7 Taman Saujana Hijau, Presint 11, Putrajaya https://goo.gl/maps/7RmV7op2nS6H56LW7

Khamis, 20 Jun 2019

Kehebatan Nasi Lemak Kuah Kuning [Pandan Jaya, Kuala Lumpur]

Penangan terlajak sedap "Nasi Lemak Kuah Kuning" di Taman Maju Jaya (area Pandan Jaya)

Apa anda belum cuba lagi? Tak rasa rugi ke.. menyesal tau.. semua dah tahu kelazatan, kesedapan, keunikan nasi lemak ni..
Lokasi: Di Taman Maju Jaya berdekatan LRT Pandan Jaya Lokasi di google map: https://goo.gl/maps/T2ULyooyoDKVtKq39 Untuk tempahan sila hubungi Kak Ina : 012 525 8226


Sehingga berjumpa lagi di next topik..

Isnin, 18 Mac 2019

AKU SEORANG YOUTUBER

Terngiang ngiang bicara kata seorang celebrity terkenal dalam salah satu rancangan TV. "Buat video biashe - biashe pun dah boleh jana pendapatan".

Masa itu, terus terdetik dalam hati..betul ke? macamana nak buat? macam best ni? tapi nak mula macamana? kena explore ni. Berligar - ligar dalam fikiran persoalan demi persoalan macamana nak jadi Youtuber.

Bermula dari saat itu, apa lagi saya terus mencari info, tips, video tutorial apa - apa sahaja material berkenaan bagaimana ingin menjadi Youtuber. 

Bahagia rasanya, banyak juga info dari Otai Youtuber berpengalaman ada tersedia di Internet. Hehe.. google aje!

Senangkan hanya di hujung jari boleh dapat apa sahaja info yang diperlukan.

Dibawah ini adalah diantara banyak - banyak video tutorial yang telah saya tontoni dan dengari. 

Lebih kurang ada sepuluh (10) video yang begitu menarik perhatian saya. Info yang dikongsi amat berguna untuk saya menyiapkan diri di alam baru iaitu sebagai "Youtuber".

1. Youtube Channel: Video Influencers
https://www.youtube.com/user/videoinfluencers
2. Youtube Channel: tutvid
https://www.youtube.com/user/tutvid
3. Youtube Channel: Brojep Share
https://www.youtube.com/c/BrojepShare/featured
4. Youtube Channel:Den JC
https://www.youtube.com/c/DenJC/featured
5. Youtube Channel: Think Media
https://www.youtube.com/user/THiNKmediaTV/featured
6. Youtube Channel: Justin Brown
https://www.youtube.com/c/Primalvideo/featured
7. Youtube Channel:vidIQ
https://www.youtube.com/user/vidIQchannel
8. Youtube Channel:Teacher's Tech
https://www.youtube.com/c/TeachersTech/featured
9. Youtube Channel:Daunnet Films
https://www.youtube.com/c/Daunnet/featured
10. Ebook: Gen Halilintar
https://www.youtube.com/channel/UCfRNJiafEm1LBBGFTTq4cXw

Hehe..dengan berbekalkan info yang ada, saya memberanikan diri upload video pertama saya pada 18 Mac 2019. 

Tajuk video: Cabaran ke? "Barang Dapur Basah"


Masih banyak lagi yang perlu saya pelajari. Tapi, inilah titik tolak saya berjaya menghasilkan video seterusnya.


Nantikan next topik bagaimana saya menggunakana segala teknik yang saya pelajari untuk penghasilan video yang lain.


Jumpa lagi..





Jumaat, 1 Februari 2019

NAK BISNES DALAM HARTANAH?

NAK BISNES DALAM HARTANAH? 

 
Hari ini saya jejakkan kaki ke bookstore untuk mencari buku bagaimana ingin memulakan bisnes. Mesti kena ada sedikit sebanyak ilmu bisnes kan..tak kan nak main terjah jer 😑

Sebelum ini, kalau pergi ke bookstore mesti cari buku novel, buku untuk kanak-kanak dan juga alat tulis. Kali ini hehe.. saya kena kuatkan hati untuk terjah rak buku untuk bisnes. Sekarang ni dah kena fokus, nak berjaya bukannya senang. Kena berkorban dan berusaha bersungguh-sungguh. 

Macam peribahasa ini "Kalau tidak pecahkan ruyung, mana nak dapatkan sagunya"

Tiba-tiba mata saya terpandang sebuah buku ini. Emm..menarik tajuknya. Tapi takkan lah saya nak buat bisnes ini pulak. Sesuai ke?. Senang ke nak buat?. Zero sangat ilmu di dada pasal bisnes ini.
Penulisnya wanita.. terlintas pulak dalam hati, kalau beliau boleh berjaya dalam bisnes ini. Takkan saya nak mengalah tanpa mencuba. 

Nak tahu buku apa yang saya nampak ni? 👀

PERMATA HARTANAH oleh Renesial Leong. 


Sedikit Sinopsis:
Buku ini merupakan buku rujukan pelaburan hartanah Malaysia yang pertama. Di dalam, buku ini tersimpan harta dalam bentuk strategi, idea, dan tip yang telah dicuba dan diuji tentang cara untuk membina kekayaan melalui pelaburan hartanah dan menjadikan gaya hidup impian anda satu kenyataan. 

Perasaan tamak sudah mulai timbul, alang-alang tengah cari ilmu. Baik beli 2 (dua) buah buku lagi dari penulis yang lain pulak. 

Nampak tak bersemangat yer saya 😊 . Nasib ada sedikit 💸  untuk dilaburkan.

Buku kedua "Wa Tak Faham (WTF)" oleh Faizul Ridzuan



Sedikit Sinopsis:
Dalam buku ini, Faizul menceritakan pengalaman sebenarnya dalam membeli hartanah. Antara apa yang dikongsikan di dalam buku ini adalah:
  • Bagaimana Faizul membeli hartanah yang nilainya beratus-ratus ringgit tanpa menggunakan wang atau modal
  • Membuat pulangan melebihi 1000% kurang dari 3 tahun
  • Mencari hartanah yang memberi pulangan sewa 4 angka sebulan
Buku ketiga "Hipster Hartanah" oleh Harith Faisal



Sedikit Sinopsis:
Benarkah kita tidak mampu membeli rumah? Sebenarnya, kita takut nak beli rumah bukan sebab tidak mampu, tetapi kita tidak tahu caranya. Apabila ada ilmu, keyakinan akan datang kemudian. Ilmu pelaburan hartanah dan ilmu pengurusan kewangan perlu seiring. Kedua-duanya perlu untuk memiliki rumah

Ok sekarang masa untuk saya "korek" dan "gali" ilmu hartanah ini. Nak tahu yang mana pilihan bisnes saya. 

Tunggu next topik yer..

Tebang Balak Pokok Getah Boleh Dapat Duit??

Pertama kali tengok orang tebang balak pokok getah. Memang pengalaman yang bagi saya begitu menarik. Rupanya Tebang Balak Pokok Getah in...