Jumaat, 10 April 2020

Asam Pedas di Tepi Jeti Nelayan [Pantai Siring Melaka]

Melaka ada banyak jeti nelayan dan biasanya terdapat gerai ikan bakar berdekatan dengannya. Lokasi yang biasa kita dengar adalah Muara Sg Duyung, Alai, Umbai, Serkam dan beberapa lagi jeti kecil diantaranya.

Saya ke jeti nelayan Pantai Siring Melaka berdekatan dengan Umbai untuk menikmati Asam Pedas ikan segar yang baru ditangkap.
Jeti ini berdekatan dengan Jeti Anjung Batu iaitu jeti untuk menaiki bot ke Pulau Besar. Pemandangan di pantai Siring sangat menarik dengan tiang-tiang kabel elektrik di tengah laut ke Pulau Besar yang ikonik.

Lokasi Googoe Map: Asam Pedas Azizah di Pantai Siring https://goo.gl/maps/gafgGjjaeLFozg6G7



Sehingga berjumpa lagi di next topik

Jumaat, 28 Februari 2020

Laksa Buyung Sungai Lui & Air Terjun Beratus - ratus Tangga [Sungai Gabai Selangor]

Mari kita berehat hujung minggu ini di satu lokasi kampung tak jauh dari ibukota, dan menikmati laksa buyung di tepi anak sungai.

Kemudian kita teruskan pengembaraan mendaki air terjun yang mempunyai hampir 350 anak tangga.

Tiba di puncak kita akan menikmati pemandangan yang cantik kawasan kawasan mandian yang sangat menyeronokkan.


Lokasi Laksa Buyung: Jalan Sungai Lui, Selangor https://goo.gl/maps/XXLQjoxcCGsqcygBA Lokasi Air Terjun Sungai Gabai, Selangor https://goo.gl/maps/hxDXq59Ra3f4jpJs7


Sehingga berjumpa lagi di next topik..

Sabtu, 15 Februari 2020

Cendol Genius yang Anda Tidak Pernah Jumpa! [Cendol Kg Hulu Melaka]

Kali ini kami mencuba menu cendol yang amat istimewa dan lain dari yang lain. Sesiapa yang tak minat cendol pun pasti akan makan sampai habis licin.

Lokasinya tak jauh dari Bangunan Stadhuys Melaka. Mari ikuti kami menyusuri Sungai Melaka yang cantik sambil menimba ilmu dari Gerai Cendol Kg Hulu ini.


Lokasi Google Map: Cendol Kampung Hulu, Melaka https://g.page/cendolkampunghulu?share Lokasi Pokok Melaka https://goo.gl/maps/G3mSRjwZKanjjUhZA - Sebelah Runtuhan Kota Bastion Melaka


Sehingga berjumpa lagi di next topik..

Jumaat, 7 Februari 2020

Dua Asam Pedas Viral di Melaka yang Patut Anda Cuba!

Kalau pergi Melaka tak makan Asam Pedas memang tak lengkap percutian. Balik rumah mula lah rasa menyesal nanti hehe..

Tenang-tenang air di laut Sampan kolek mudik ke tanjung Hati terkenang mulut menyebut Rindu ini tiara penghujung Kan dah teringat-ingat Asam Pedas :-). Macam tu le bunyi pantunnya..
Melaka ini terdapat banyak kedai makan Asam Pedas. Kali ini saya ingin berkongsi 2 Kedai Asam Pedas yang masing-masing mempunyai cara masakan yang berbeza dan unik. Keduanya mempunyai Online Review yang tinggi.

Lokasi Asam Pedas Pak Man https://goo.gl/maps/63qJC9Ycqc3tUtqF9 - dekat Tol Ayer Keroh Melaka Lokasi Asam Pedas Selera Kampung https://goo.gl/maps/mZujMtP5XHwxdhDg9 - dekat A Famosa Banda Hilir


Sehingga berjumpa lagi di next topik..

Ahad, 19 Januari 2020

Cara Berniaga Mee Goreng yang Paling Lumayan! [Padang Kota Lama Georgetown, Penang]

 Mee Sotong Hameed Pata di Fort Cornwallis Penang Memang Kaw.

Bagaimana nak berniaga di gerai makan sebenarnya. Adakah perlu kita membuat berpuluh-puluh menu. Atau cukup dengan hanya satu menu sahaja, tapi dibuat dengan begitu sedap?
Kami ke Hameed Pata Mee Sotong di area Padang Kota Lama di Georgetown. Lokasi medan selera ini di sebelah kota Fort Cornwallis yang popular di Penang. Juga bersebelahan dengan tempat kapal mewah berlabuh. Ikuti episod yang menarik ini sambil beriadah dan berjalan di tepi laut sehingga ke Medan Selera Padang Kota Lama (Medan Pasembur).

Lokasi Mee Sotong Hameed Pata https://goo.gl/maps/3mq7x3NTiJXpu2XZ9 - di Esplanade Park (food court), Georgetown Lokasi Fort Cornwallis https://g.page/kota-cornwallis?share - Sebelah Padang Kota Lama - Sebelah Mee Sotong Hameed Pata Lokasi Melihat Kapal Titanic versi Penang (Kapal Mewah) https://goo.gl/maps/4bpBhzaX1Q6tqFXr9 - Area parking kereta Jln Tun Syed Barakbah - Sebelah Mee Sotong Hameed Pata Lokasi Medan Selera Padang Kota Lama https://goo.gl/maps/tzsMy8w3auqdSD9g9 - atau lebih tepat Medan Selera Pasemboq :-) - Tak jauh dari lokasi foodcourt Mee Sotong - pemandangan cantik ditepi laut


Sehingga berjumpa lagi di next topik..

Ahad, 5 Januari 2020

Patutlah Ketagih! Inilah Trick Kuah Campoq Nasi Kandar Penang

Trip ke Pulau Pinang kali ini, saya mencari Nasi Kandar yang popular untuk dicuba. Penang memang syurga untuk makanan.

Tak sangka rupanya ada lebih 100 restoran nasi kandar disana.

Dan dari jumlah itu mungkin lebih 20 yang sangat popular dan sentiasa ada pelanggan beratur panjang.

Di bawah ini adalah senarai 20 Nasi kandar. Hanya 2 yang diatas sahaja sempat saya cuba kali ini. Yang lain tu InsyaAllah pada trip tahun akan datang Lokasi Nasi Kandar popular di Pulau Pinang =============================== 1) Restaurant Deens Maju Nasi Kandar - Jln Gurdwara, Georgetown - Ini nasi kandar pertama yg kami cuba https://goo.gl/maps/SXpVcMYJx5DaF8939 2) Restoran Deen - Nasi Kandar - Jln Jelutong, yang kedua kami cuba - tak sama dengan Deens Maju diatas. https://g.page/DeenNasiKandar?share 3) Restoran NS Nasi Kandar - di Jalan Burmah - Yang ini dicadangkan oleh grab driver kami. https://goo.gl/maps/xWGmbipwv6thZRuz6 - Original Penang Kayu Nasi Kandar https://goo.gl/maps/r2Jvrt9Dd2GkjHzFA - Restoran Nasi Kandar Line Clear https://goo.gl/maps/Mpg4JoNkvVHA23Cj6 - Nasi Kandar Beratur Original (Liyaqat Ali Nasi Kandar) https://g.page/Nasikandarberaturpenang?share - Nasi Kandar Sulaiman https://goo.gl/maps/V7j9dFmFFXrp7iyz8 - Shariff Nasi Kandar https://goo.gl/maps/96ew54VQRm5o85r58 - Nasi Kandar Kampong Melayu https://goo.gl/maps/9oSNHRtsh5bpHm8X8 - Restoran Mohammed Raffee Nasi Kandar https://goo.gl/maps/9MWdjBPMGEhQqTX27 - Nasi Kandar Pelita https://goo.gl/maps/r3tHxNJwfZcvv9gG6 - Nasi Kandar Merlin https://goo.gl/maps/1XMRngGWeYGUecMX7 - Tajuddin Hussain Nasi Kandar https://goo.gl/maps/47uqqzA48oLA486s8 - Restaurant Kassim Mustafa Nasi Dalcha https://goo.gl/maps/aTZBoVkzD3p7w3uB7 - Nasi Kandar Pokok Ceri Jalan Datuk Keramat, berdekatan Masjid Jamek Shaik Yusoff. https://goo.gl/maps/8kh5KQ3Gj8kFrMrX7 - Subaidah Nasi Kandar https://goo.gl/maps/SCSKrRQtWWjmLdyv6 - Hameediyah Restaurant - nasi beriani sedap https://goo.gl/maps/ZExZhpLGd1Eb2nL5A - Nasi Kandar Imigresen https://goo.gl/maps/5S47yMdugy93ath88 - Nasi Kandar Jamal Mohamed (di butterworth dekat feri) https://goo.gl/maps/YuDBWbqjZ82DT5Jv8 - Cargas Cafe, Bayan Lepas (lauk pauk kari dan kari ikan sedap) https://g.page/cargas-cafe?share Kari ikan pari/atau gulai ikan pari antara menu yang wajib. Ayam gorengnya memang tidak pernah kekal lama di para.


Sehingga berjumpa lagi di next topik..

Ahad, 15 Disember 2019

Umrah Ku 2019 ..dan Empat Hari di Kota Madinah

Setelah 6 hari di Kota Mekah, kami bertolak ke Kota Madinah. Perjalanan mengambil masa hampir 6 jam.

Tidak sabar rasanya untuk melihat Masjid Nabawi, Masjid Quba dan juga melawat Medan Perang Uhud untuk menghayati liku-liku perjuangan Baginda Rasul.
Keesokannya, kami ke Raudhah (Taman Syurga) di dalam Masjid Nabawi. Kemudian kami ke Bukit Uhud dan melihat perkuburan Para Syuhada. Kisah peperangan disini benar-benar memberi kesan yang mendalam terhadap kami semua. Setelah 4 hari di Madinah, tibalah masa untuk pulang ke Tanahair. Terasa sangat sebak dan rindu untuk kembali semula Bumi Ambia ini.

REHLA - Kit Halal Umrah Haji Diperbuat daripada ekstrak nenas atau bromelain yang amat sesuai digunakan semasa mengerjakan Umah dan Haji. Formula ekstrak yang kaya dengen intipati anti-radang ini meletakkan produk ini sebagai produk penjagaan kulit yang “harus dimiliki” Untuk mendapatkan maklumat lanjut sila klik link dibawah: https://www.facebook.com/rehlakithalal/


Sehingga berjumpa lagi di next topik..

Tebang Balak Pokok Getah Boleh Dapat Duit??

Pertama kali tengok orang tebang balak pokok getah. Memang pengalaman yang bagi saya begitu menarik. Rupanya Tebang Balak Pokok Getah in...