Khamis, 13 Ogos 2020

11 Hotel Menarik Area Genting Highlands Premium Outlets (GPO) Sesuai Untuk Semua Bajet


Kalau ke Genting Highlands kita akan risau masalah penginapan yang terhad dan agak mahal. Kini tidak lagi dengan adanya pembukaan Genting Highlands Premium Outlets (GPO) serta beberapa hotel baru di sekitar Gohtong Jaya (Genting Permai), kita dapat pilihan yang lebih banyak dan sesuai dengan semua golongan serta bajet.

Ini adalah senarai hotel dibawah sekitar Genting Permai (Area station minyak Petron).
1) Vista Residence - Servis Apartment
https://goo.gl/maps/9t6s3MB9Boqa3Rvz6 - Tepi Jalan besar - Tepi station Petron


2) Geo Resort & Hotel - Bangunan hotel paling cantik disini kot. https://g.page/georesort?share

3) Geo38 Residence https://goo.gl/maps/mrud1TaWKiis4ri2A - Servis residence - ada ofis kecil untuk check-in - Belakang Geo Resort & Hotel 4) Swiss Garden Genting Highlands - Berkongsi di dalam bangunan 'Windmills Upon Hills' https://goo.gl/maps/nCS5ZXruNEFb8QH36

5) D'Hill Inn Budget Hotel https://goo.gl/maps/rrKfuUqmkmPeVi2V6
6) Hotel Kato (Budget Hotel) - Tepi Stesyen Petron (Genting Permai) https://goo.gl/maps/CCf2qA9mVDmwfBVm6 Hotel dibawah pula sekitar bulatan utama Genting Highlands simpang ke Batang Kali 7) Hotel Seri Malaysia https://goo.gl/maps/gYq4HPhh7chE2oUg9

8) Your Hotel - dikelilingi deretan Chinese Restoran https://goo.gl/maps/sL2BDwprJUVrqAsu7 Hotel berdekatan Genting Premium Outlets (GPO) 9) Hotel Awana (Resort World) https://goo.gl/maps/UFQvzwSnvXwyX7Ap8

Jomm..tonton video penuh di bawah 👇👇👇

Dua Hotel dibawah agak terpencil tetapi selalu ada tawaran harga menarik 10) Midhills Genting Highlands https://goo.gl/maps/NzNYpnu4FKQLcVgp9 - Servis Residence - Baru siap dibina 11) Genting View Resort https://g.page/gentingviewresort?share - Hotel yg dah lama wujud dan agak terkenal. - signboard susah nak cari Best part kita tidak perlu risau untuk mencari tempat makan. Ini adalah senarai tempat makan menarik yang halal banyak berada di sekitar Genting Permai (Area Stesen Minyak Petron). 1) Restoran Nok Sokmo https://goo.gl/maps/Lzhm6aHnKMXwHbDQA - buka siang dan malam - Depan Geo Resort & Hotel 2) Gerai Zul Corner https://goo.gl/maps/75RLJk34cVsMhJr66 - Area pintu masuk Swiss Garden Hotel (Condominium Windmills upon Hills) 3) Food Bazaar Awana https://goo.gl/maps/2ZdJYHXSAgF4SdrDA - Foodcourt Area 'Nani Nasi Bungkus' - Belakang Station Petron 4) Restoran ALG Genting https://goo.gl/maps/LikbWV3NDvtWnjAK6 - Sebelah D'Hill Inn Budget Hotel 5) Restoran Al Esfan https://goo.gl/maps/Mxr2qKNs1RYkQvp29 - restoran mamak - Seberang jalan D'Hill Inn Budget Hotel - Ada 7-11 dan 99 Speedmart disini 6) Restoran Nasi Kandar Genting https://goo.gl/maps/XvRzZWivfDLM3DjJ8 - Area Hotel Seri Malaysia & Your Hotel (sebelah hotel Seri Malaysia) 7) Restoran Muhibbah Kitchen https://goo.gl/maps/Y2V1sXv7SB9yQgBq7 - Sebelah Genting Premium Outlets (GPO) - Di dalam SkyCentral - Bangunan untuk naik ke Cable Car - Ini cawangan baru, cawangan ori di atas gunung genting #gentinghighlands #gentinghighlandthemepark #gentinghighlandsmalaysia #hoteldigentinghighlands #tempatmenarikdigentinghighlands #gentingpremiumoutlets #GPO

Jom Cuti Cuti ...😊

Rabu, 1 Julai 2020

Jom! Jadi Youtuber. Kerja Dari Rumah Buat Youtube Channel Pun Jadi Kaya 💰


Hari ini saya nak kongsikan satu ebook paling best yang baru saya jumpa. Ebook ini berkenaan cara-cara menjadi Youtuber yang berjaya dan berpendapatan tinggi. 

Ebook: 

Kelebihan menjadi Youtuber ni, boleh buat kerja dari rumah sahaja (buat youtube channel) dan boleh menjadi pendapatan sampingan.. atau dalam beberapa kes seperti channel yang tengah Viral sekarang (Youtube Channel Sugu Pavithra dari negeri Perak), beliau berpendapatan melebihi rm10,000 sebulan walaupun baru sahaja start youtube channel bulan Januari hari tu (Jan 2020). 

Dan yang paling seronok, beliau bukanlah individu yang popular macam Datuk Alif Syukri atau Datuk Siti Nurhaliza. Beliau hanyalah suri rumah sepenuh masa dan suami beliau bekerja di ladang kelapa sawit. tetapi beliau sangat humble orangnya dan youtube channel naik mendadak dalam masa 3-5 bulan sahaja. 



Saya pun dah lama menjadi youtuber.. lebih setahun.. tapi masalahnya saya hanya buat sendiri-sendiri sahaja.. tak pernah belajar dari mana2 guru, kursus atau dari ebook. Hanya kaedah cuba jaya. Tapi bila saya baca panduan ebook yg dihasilkan oleh salah seorang youtuber berjaya ni (pendapatan beliau berpuluh ribu RM dari youtube channel).. barulah saya faham kenapa youtube channel saya lambat sangat naik.. 

Terdapat banyak tips-tips menarik yg saya tak pernah buat .. kerana tak belajar.. saya hanya buat video, edit guna laptop dan upload terus.. sedangkan ada banyak panduan dan tips yang perlu dipatuhi utk menjadi youtuber yang berjaya.. 

Jika anda ingin menjadi youtuber yang boleh popular dengan pantas tanpa melakukan banyak kesilapan... ebook ini adalah panduan yang amat berguna. Selepas saya beli.. saya terus habiskan selama sehari suntuk.. sebab tak sabar-sabar nak praktikkan ilmu2 berguna di dalamnya. 

Dapatkan ebook disini:

Selamat Menjadi Youtuber Berjaya. 
(jangan rugikan masa bertahun-tahun dengan kaedah cuba-jaya belajar sendiri-sendiri mcm saya :-)

Jumaat, 10 April 2020

Asam Pedas di Tepi Jeti Nelayan [Pantai Siring Melaka]

Melaka ada banyak jeti nelayan dan biasanya terdapat gerai ikan bakar berdekatan dengannya. Lokasi yang biasa kita dengar adalah Muara Sg Duyung, Alai, Umbai, Serkam dan beberapa lagi jeti kecil diantaranya.

Saya ke jeti nelayan Pantai Siring Melaka berdekatan dengan Umbai untuk menikmati Asam Pedas ikan segar yang baru ditangkap.
Jeti ini berdekatan dengan Jeti Anjung Batu iaitu jeti untuk menaiki bot ke Pulau Besar. Pemandangan di pantai Siring sangat menarik dengan tiang-tiang kabel elektrik di tengah laut ke Pulau Besar yang ikonik.

Lokasi Googoe Map: Asam Pedas Azizah di Pantai Siring https://goo.gl/maps/gafgGjjaeLFozg6G7



Sehingga berjumpa lagi di next topik

Jumaat, 28 Februari 2020

Laksa Buyung Sungai Lui & Air Terjun Beratus - ratus Tangga [Sungai Gabai Selangor]

Mari kita berehat hujung minggu ini di satu lokasi kampung tak jauh dari ibukota, dan menikmati laksa buyung di tepi anak sungai.

Kemudian kita teruskan pengembaraan mendaki air terjun yang mempunyai hampir 350 anak tangga.

Tiba di puncak kita akan menikmati pemandangan yang cantik kawasan kawasan mandian yang sangat menyeronokkan.


Lokasi Laksa Buyung: Jalan Sungai Lui, Selangor https://goo.gl/maps/XXLQjoxcCGsqcygBA Lokasi Air Terjun Sungai Gabai, Selangor https://goo.gl/maps/hxDXq59Ra3f4jpJs7


Sehingga berjumpa lagi di next topik..

Sabtu, 15 Februari 2020

Cendol Genius yang Anda Tidak Pernah Jumpa! [Cendol Kg Hulu Melaka]

Kali ini kami mencuba menu cendol yang amat istimewa dan lain dari yang lain. Sesiapa yang tak minat cendol pun pasti akan makan sampai habis licin.

Lokasinya tak jauh dari Bangunan Stadhuys Melaka. Mari ikuti kami menyusuri Sungai Melaka yang cantik sambil menimba ilmu dari Gerai Cendol Kg Hulu ini.


Lokasi Google Map: Cendol Kampung Hulu, Melaka https://g.page/cendolkampunghulu?share Lokasi Pokok Melaka https://goo.gl/maps/G3mSRjwZKanjjUhZA - Sebelah Runtuhan Kota Bastion Melaka


Sehingga berjumpa lagi di next topik..

Jumaat, 7 Februari 2020

Dua Asam Pedas Viral di Melaka yang Patut Anda Cuba!

Kalau pergi Melaka tak makan Asam Pedas memang tak lengkap percutian. Balik rumah mula lah rasa menyesal nanti hehe..

Tenang-tenang air di laut Sampan kolek mudik ke tanjung Hati terkenang mulut menyebut Rindu ini tiara penghujung Kan dah teringat-ingat Asam Pedas :-). Macam tu le bunyi pantunnya..
Melaka ini terdapat banyak kedai makan Asam Pedas. Kali ini saya ingin berkongsi 2 Kedai Asam Pedas yang masing-masing mempunyai cara masakan yang berbeza dan unik. Keduanya mempunyai Online Review yang tinggi.

Lokasi Asam Pedas Pak Man https://goo.gl/maps/63qJC9Ycqc3tUtqF9 - dekat Tol Ayer Keroh Melaka Lokasi Asam Pedas Selera Kampung https://goo.gl/maps/mZujMtP5XHwxdhDg9 - dekat A Famosa Banda Hilir


Sehingga berjumpa lagi di next topik..

Ahad, 19 Januari 2020

Cara Berniaga Mee Goreng yang Paling Lumayan! [Padang Kota Lama Georgetown, Penang]

 Mee Sotong Hameed Pata di Fort Cornwallis Penang Memang Kaw.

Bagaimana nak berniaga di gerai makan sebenarnya. Adakah perlu kita membuat berpuluh-puluh menu. Atau cukup dengan hanya satu menu sahaja, tapi dibuat dengan begitu sedap?
Kami ke Hameed Pata Mee Sotong di area Padang Kota Lama di Georgetown. Lokasi medan selera ini di sebelah kota Fort Cornwallis yang popular di Penang. Juga bersebelahan dengan tempat kapal mewah berlabuh. Ikuti episod yang menarik ini sambil beriadah dan berjalan di tepi laut sehingga ke Medan Selera Padang Kota Lama (Medan Pasembur).

Lokasi Mee Sotong Hameed Pata https://goo.gl/maps/3mq7x3NTiJXpu2XZ9 - di Esplanade Park (food court), Georgetown Lokasi Fort Cornwallis https://g.page/kota-cornwallis?share - Sebelah Padang Kota Lama - Sebelah Mee Sotong Hameed Pata Lokasi Melihat Kapal Titanic versi Penang (Kapal Mewah) https://goo.gl/maps/4bpBhzaX1Q6tqFXr9 - Area parking kereta Jln Tun Syed Barakbah - Sebelah Mee Sotong Hameed Pata Lokasi Medan Selera Padang Kota Lama https://goo.gl/maps/tzsMy8w3auqdSD9g9 - atau lebih tepat Medan Selera Pasemboq :-) - Tak jauh dari lokasi foodcourt Mee Sotong - pemandangan cantik ditepi laut


Sehingga berjumpa lagi di next topik..

Tebang Balak Pokok Getah Boleh Dapat Duit??

Pertama kali tengok orang tebang balak pokok getah. Memang pengalaman yang bagi saya begitu menarik. Rupanya Tebang Balak Pokok Getah in...