Rabu, 1 Julai 2020

Jom! Jadi Youtuber. Kerja Dari Rumah Buat Youtube Channel Pun Jadi Kaya 💰


Hari ini saya nak kongsikan satu ebook paling best yang baru saya jumpa. Ebook ini berkenaan cara-cara menjadi Youtuber yang berjaya dan berpendapatan tinggi. 

Ebook: 

Kelebihan menjadi Youtuber ni, boleh buat kerja dari rumah sahaja (buat youtube channel) dan boleh menjadi pendapatan sampingan.. atau dalam beberapa kes seperti channel yang tengah Viral sekarang (Youtube Channel Sugu Pavithra dari negeri Perak), beliau berpendapatan melebihi rm10,000 sebulan walaupun baru sahaja start youtube channel bulan Januari hari tu (Jan 2020). 

Dan yang paling seronok, beliau bukanlah individu yang popular macam Datuk Alif Syukri atau Datuk Siti Nurhaliza. Beliau hanyalah suri rumah sepenuh masa dan suami beliau bekerja di ladang kelapa sawit. tetapi beliau sangat humble orangnya dan youtube channel naik mendadak dalam masa 3-5 bulan sahaja. 



Saya pun dah lama menjadi youtuber.. lebih setahun.. tapi masalahnya saya hanya buat sendiri-sendiri sahaja.. tak pernah belajar dari mana2 guru, kursus atau dari ebook. Hanya kaedah cuba jaya. Tapi bila saya baca panduan ebook yg dihasilkan oleh salah seorang youtuber berjaya ni (pendapatan beliau berpuluh ribu RM dari youtube channel).. barulah saya faham kenapa youtube channel saya lambat sangat naik.. 

Terdapat banyak tips-tips menarik yg saya tak pernah buat .. kerana tak belajar.. saya hanya buat video, edit guna laptop dan upload terus.. sedangkan ada banyak panduan dan tips yang perlu dipatuhi utk menjadi youtuber yang berjaya.. 

Jika anda ingin menjadi youtuber yang boleh popular dengan pantas tanpa melakukan banyak kesilapan... ebook ini adalah panduan yang amat berguna. Selepas saya beli.. saya terus habiskan selama sehari suntuk.. sebab tak sabar-sabar nak praktikkan ilmu2 berguna di dalamnya. 

Dapatkan ebook disini:

Selamat Menjadi Youtuber Berjaya. 
(jangan rugikan masa bertahun-tahun dengan kaedah cuba-jaya belajar sendiri-sendiri mcm saya :-)

Jumaat, 10 April 2020

Asam Pedas di Tepi Jeti Nelayan [Pantai Siring Melaka]

Melaka ada banyak jeti nelayan dan biasanya terdapat gerai ikan bakar berdekatan dengannya. Lokasi yang biasa kita dengar adalah Muara Sg Duyung, Alai, Umbai, Serkam dan beberapa lagi jeti kecil diantaranya.

Saya ke jeti nelayan Pantai Siring Melaka berdekatan dengan Umbai untuk menikmati Asam Pedas ikan segar yang baru ditangkap.
Jeti ini berdekatan dengan Jeti Anjung Batu iaitu jeti untuk menaiki bot ke Pulau Besar. Pemandangan di pantai Siring sangat menarik dengan tiang-tiang kabel elektrik di tengah laut ke Pulau Besar yang ikonik.

Lokasi Googoe Map: Asam Pedas Azizah di Pantai Siring https://goo.gl/maps/gafgGjjaeLFozg6G7



Sehingga berjumpa lagi di next topik

Jumaat, 28 Februari 2020

Laksa Buyung Sungai Lui & Air Terjun Beratus - ratus Tangga [Sungai Gabai Selangor]

Mari kita berehat hujung minggu ini di satu lokasi kampung tak jauh dari ibukota, dan menikmati laksa buyung di tepi anak sungai.

Kemudian kita teruskan pengembaraan mendaki air terjun yang mempunyai hampir 350 anak tangga.

Tiba di puncak kita akan menikmati pemandangan yang cantik kawasan kawasan mandian yang sangat menyeronokkan.


Lokasi Laksa Buyung: Jalan Sungai Lui, Selangor https://goo.gl/maps/XXLQjoxcCGsqcygBA Lokasi Air Terjun Sungai Gabai, Selangor https://goo.gl/maps/hxDXq59Ra3f4jpJs7


Sehingga berjumpa lagi di next topik..

Sabtu, 15 Februari 2020

Cendol Genius yang Anda Tidak Pernah Jumpa! [Cendol Kg Hulu Melaka]

Kali ini kami mencuba menu cendol yang amat istimewa dan lain dari yang lain. Sesiapa yang tak minat cendol pun pasti akan makan sampai habis licin.

Lokasinya tak jauh dari Bangunan Stadhuys Melaka. Mari ikuti kami menyusuri Sungai Melaka yang cantik sambil menimba ilmu dari Gerai Cendol Kg Hulu ini.


Lokasi Google Map: Cendol Kampung Hulu, Melaka https://g.page/cendolkampunghulu?share Lokasi Pokok Melaka https://goo.gl/maps/G3mSRjwZKanjjUhZA - Sebelah Runtuhan Kota Bastion Melaka


Sehingga berjumpa lagi di next topik..

Jumaat, 7 Februari 2020

Dua Asam Pedas Viral di Melaka yang Patut Anda Cuba!

Kalau pergi Melaka tak makan Asam Pedas memang tak lengkap percutian. Balik rumah mula lah rasa menyesal nanti hehe..

Tenang-tenang air di laut Sampan kolek mudik ke tanjung Hati terkenang mulut menyebut Rindu ini tiara penghujung Kan dah teringat-ingat Asam Pedas :-). Macam tu le bunyi pantunnya..
Melaka ini terdapat banyak kedai makan Asam Pedas. Kali ini saya ingin berkongsi 2 Kedai Asam Pedas yang masing-masing mempunyai cara masakan yang berbeza dan unik. Keduanya mempunyai Online Review yang tinggi.

Lokasi Asam Pedas Pak Man https://goo.gl/maps/63qJC9Ycqc3tUtqF9 - dekat Tol Ayer Keroh Melaka Lokasi Asam Pedas Selera Kampung https://goo.gl/maps/mZujMtP5XHwxdhDg9 - dekat A Famosa Banda Hilir


Sehingga berjumpa lagi di next topik..

Ahad, 19 Januari 2020

Cara Berniaga Mee Goreng yang Paling Lumayan! [Padang Kota Lama Georgetown, Penang]

 Mee Sotong Hameed Pata di Fort Cornwallis Penang Memang Kaw.

Bagaimana nak berniaga di gerai makan sebenarnya. Adakah perlu kita membuat berpuluh-puluh menu. Atau cukup dengan hanya satu menu sahaja, tapi dibuat dengan begitu sedap?
Kami ke Hameed Pata Mee Sotong di area Padang Kota Lama di Georgetown. Lokasi medan selera ini di sebelah kota Fort Cornwallis yang popular di Penang. Juga bersebelahan dengan tempat kapal mewah berlabuh. Ikuti episod yang menarik ini sambil beriadah dan berjalan di tepi laut sehingga ke Medan Selera Padang Kota Lama (Medan Pasembur).

Lokasi Mee Sotong Hameed Pata https://goo.gl/maps/3mq7x3NTiJXpu2XZ9 - di Esplanade Park (food court), Georgetown Lokasi Fort Cornwallis https://g.page/kota-cornwallis?share - Sebelah Padang Kota Lama - Sebelah Mee Sotong Hameed Pata Lokasi Melihat Kapal Titanic versi Penang (Kapal Mewah) https://goo.gl/maps/4bpBhzaX1Q6tqFXr9 - Area parking kereta Jln Tun Syed Barakbah - Sebelah Mee Sotong Hameed Pata Lokasi Medan Selera Padang Kota Lama https://goo.gl/maps/tzsMy8w3auqdSD9g9 - atau lebih tepat Medan Selera Pasemboq :-) - Tak jauh dari lokasi foodcourt Mee Sotong - pemandangan cantik ditepi laut


Sehingga berjumpa lagi di next topik..

Ahad, 5 Januari 2020

Patutlah Ketagih! Inilah Trick Kuah Campoq Nasi Kandar Penang

Trip ke Pulau Pinang kali ini, saya mencari Nasi Kandar yang popular untuk dicuba. Penang memang syurga untuk makanan.

Tak sangka rupanya ada lebih 100 restoran nasi kandar disana.

Dan dari jumlah itu mungkin lebih 20 yang sangat popular dan sentiasa ada pelanggan beratur panjang.

Di bawah ini adalah senarai 20 Nasi kandar. Hanya 2 yang diatas sahaja sempat saya cuba kali ini. Yang lain tu InsyaAllah pada trip tahun akan datang Lokasi Nasi Kandar popular di Pulau Pinang =============================== 1) Restaurant Deens Maju Nasi Kandar - Jln Gurdwara, Georgetown - Ini nasi kandar pertama yg kami cuba https://goo.gl/maps/SXpVcMYJx5DaF8939 2) Restoran Deen - Nasi Kandar - Jln Jelutong, yang kedua kami cuba - tak sama dengan Deens Maju diatas. https://g.page/DeenNasiKandar?share 3) Restoran NS Nasi Kandar - di Jalan Burmah - Yang ini dicadangkan oleh grab driver kami. https://goo.gl/maps/xWGmbipwv6thZRuz6 - Original Penang Kayu Nasi Kandar https://goo.gl/maps/r2Jvrt9Dd2GkjHzFA - Restoran Nasi Kandar Line Clear https://goo.gl/maps/Mpg4JoNkvVHA23Cj6 - Nasi Kandar Beratur Original (Liyaqat Ali Nasi Kandar) https://g.page/Nasikandarberaturpenang?share - Nasi Kandar Sulaiman https://goo.gl/maps/V7j9dFmFFXrp7iyz8 - Shariff Nasi Kandar https://goo.gl/maps/96ew54VQRm5o85r58 - Nasi Kandar Kampong Melayu https://goo.gl/maps/9oSNHRtsh5bpHm8X8 - Restoran Mohammed Raffee Nasi Kandar https://goo.gl/maps/9MWdjBPMGEhQqTX27 - Nasi Kandar Pelita https://goo.gl/maps/r3tHxNJwfZcvv9gG6 - Nasi Kandar Merlin https://goo.gl/maps/1XMRngGWeYGUecMX7 - Tajuddin Hussain Nasi Kandar https://goo.gl/maps/47uqqzA48oLA486s8 - Restaurant Kassim Mustafa Nasi Dalcha https://goo.gl/maps/aTZBoVkzD3p7w3uB7 - Nasi Kandar Pokok Ceri Jalan Datuk Keramat, berdekatan Masjid Jamek Shaik Yusoff. https://goo.gl/maps/8kh5KQ3Gj8kFrMrX7 - Subaidah Nasi Kandar https://goo.gl/maps/SCSKrRQtWWjmLdyv6 - Hameediyah Restaurant - nasi beriani sedap https://goo.gl/maps/ZExZhpLGd1Eb2nL5A - Nasi Kandar Imigresen https://goo.gl/maps/5S47yMdugy93ath88 - Nasi Kandar Jamal Mohamed (di butterworth dekat feri) https://goo.gl/maps/YuDBWbqjZ82DT5Jv8 - Cargas Cafe, Bayan Lepas (lauk pauk kari dan kari ikan sedap) https://g.page/cargas-cafe?share Kari ikan pari/atau gulai ikan pari antara menu yang wajib. Ayam gorengnya memang tidak pernah kekal lama di para.


Sehingga berjumpa lagi di next topik..

Tebang Balak Pokok Getah Boleh Dapat Duit??

Pertama kali tengok orang tebang balak pokok getah. Memang pengalaman yang bagi saya begitu menarik. Rupanya Tebang Balak Pokok Getah in...