Hari ini saya ke Sungai Besi KL untuk menikmati Mee Tarik Warisan Asli dari Lanzhou China. Kedai ini sangat popular dan mempunyai lebih 30 cawangan pada masa ini.
Mari kita kaji apa yang membuat restoran ini berjaya membuka cawangan demi cawangan di seluruh Malaysia Selain Beef Noodle (Mee Daging Lembu) yang menjadi 'signature dish', terdapat 2 lagi makanan yg sedap iaitu Lamb Toothpick dan Teh Ba Bao Sheng.Ahad, 15 September 2019
Berapa Kali Dia Tarik Haa.. Mee Tarik Warisan Asli di Sg Besi, Kuala Lumpur
Jumaat, 30 Ogos 2019
Seronoknya! Menyusup dibawah 8 Jambatan Putrajaya dengan Basikal
Kami ke tepi tasik di Putrajaya berhampiran Masjid Besi (Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin)
Tahukah anda Putrajaya ini sebenarnya adalah sebuah Pulau buatan yang dihubungkan dengan 8 jambatan ikonik. Terdapat juga sebuah Restoran tepi tasik yang terkenal .Rabu, 21 Ogos 2019
Terbongkar! Lokasi 8 Sate Sedap di Kajang yang Perlu Anda Cuba
Sehingga berjumpa lagi di next topik..
Rabu, 31 Julai 2019
Nasi Ayam Paling Sedap di Semenyih
Kami mencuba keenakan Nasi Ayam di Semenyih. Ada dua nasi ayam sedap di pekan ini. Kami mencuba Nasi ayam yang lokasinya di depan padang SJKC Semenyih. Di warung yang sama juga ada Cucur Udang dan Tauhu goreng yang sedap. Orang ramai sentiasa penuh dan kena beratur. Kalau sebut Semenyih, kita akan ingat Bukit Broga. Mungkin bukit untuk hiking yang paling popular di Malaysia. Selain itu, Semenyih juga popular dengan kawasan kediaman yang besar.
Dengan Taman dan landskap yang cantik. Dulu Semenyih berada di bawah Negeri Sembilan. Sebab itu asal nama Semenyih dari dialek Nogori yang bermaksud “Sembunyi”.
Dari atas bukit ini nanti kita boleh nampak pemandangan 360 darjah. Serta pemandangan gunung -ganang sekeliling termasuklah Bukit Broga. Taman ini mempunyai keluasannya 11 ekar. Mula dibuka sejak Oktober 2013. Anda kena naik berpusing-pusing beberapa kali. Terdapat 3 pusingan untuk sampai ke puncak bukit. Saya suka bukit ini kerana tidak terlalu tinggi iaitu 92 meter dari paras laut.
Namun begitu, sudah cukup untuk membakar kalori dan membuatkan saya tercungap-cungap. Di puncak ini, anda dapat melihat permandangan sekeliling yang cantik dan juga kedua-dua puncak Bukit Broga. Pekan Semenyih pun boleh dilihat di atas puncak bukit ini.
OK, dah penat berselfie, jom kita merayau cari makan di Pekan Semenyih. Ada 2 Nasi Ayam yang sedap di Semenyih ini. Yang pertama, adalah Nasi Ayam Depan BSN Semenyih.
Satu lagi Nasi Ayam depan Padang Sekolah Cina Semenyih. Atau dipanggil Kedai Nasi Ayam, Cucur Udang & Tauhu.
Ketiga-tiga menu ini dijual di didalam kedai yang sama. Pasti sesiapa yang telah tinggal lama di Semenyih ini tahu kewujudan kedai makan yang sedap ini. Ada yang mengatakan kalau di Kajang terkenal dengan satay.
Di Semenyih pulak adalah Nasi Ayam depan Padang Sekolah Cina. Sebaiknya datang awal dalam jam 10.30 pagi. Takut selepas jam 11.00 pagi dah mula beratur panjang.
Tips untuk anda, bahagian kiri beratur untuk Cucur Udang dan tauhu. Kalau makan disini boleh order di meja. Hehe.. kalau nak bungkus kena beratur.
Di sebelah kanan pulak, beratur untuk nasi ayam. Untuk nasi ayam samada nak makan atau bungkus tetap kena beratur. Saya order 2 nasi ayam dan juga Cucur Udang serta tauhu. Kenapa agaknya popular sangat kesemua menu disini? Patutlah.. bagi saya kesedapan nasi ayam ini adalah terletak kepada kuah merah lada dan sup.
Manakala, cucur udang dan tauhu pula keduanya garing diluar dan lembut didalam. Paling best sos pencicah ni.. memang boleh membuatkan sesiapa rasa bahagia. Mai lah datang ke Semenyih, kita beriadah dan menikmati nasi ayam legend disini.
Walaupun kedai ini tidak ada nama, disebabkan kesedapan ketiga-tiga menu ini telah berjaya menjadikan ia begitu popular.
Google Map:
Nasi Ayam Depan Padang SKJC Semenyih https://goo.gl/maps/nRn1d4eTeadMB2Uo6 Google Map: Setia Ecohill Park Taman yang cantik serta bukit setinggi 92 Meter dengan pemandangan 360 darjah sekeliling Semenyih/ https://goo.gl/maps/9z4gX2LQwbMBpkWD7 Google Map Nasi Ayam 'Depan BSN' Ini nasi ayam sedap satu lagi di Semenyih. Kami tak sempat mencuba pada hari itu. Next time lalu sini pasti singgah :-) https://goo.gl/maps/6tLAB29ZkLDivNuP6
Sehingga berjumpa lagi di next topik..
Ahad, 21 Julai 2019
Durian Hutan Hulu Langat Memang Menyengat
Ok kome dengoyan udah luroh
Lebih baik cepat pegi suloh
Lambat sikit kome dapat habuk
Kalau tido jawabnye tinggey pokok
Musim durian sudah tiba, walaupun orang sibuk mencari Durian Musang King. Tapi saya ingin mencuba yang lain sikit. Dengar cerita ada banyak durian kat area Hulu Langat, Selangor.
Saya ke Kampung Pangsun, di hujung jalan Hulu Langat untuk mencari Durian Hutan. Tak adalah jauh sangat, jarak dari Amapang ke Hulu Langat ini lebih kurang dalam 24KM.
Niat dihati nak pergi balik hari, tapi terfikir pulak kalau dah makan banyak durian nanti badan mesti panas.
Sambil menikmati dan melantak durian di dalam gazebo betul - betul tepi sungai. Bila badan dah berasap..cebushhh terus terjun dalam sungai π.
Sebelum merayau mencari durian, saya singgah dulu check in di sebuah chalet yang terletak paling hujung sekali di tepi sungai. Nama chalet ini adalah "Impian Rimba Resort"
Dah settle check in saya terus merayau sehinggalah ke penghujung jalan. Bermula dari pintu masuk resort tadi dah ada beberapa gerai durian. Mata saya melilau mencari, sebab kali ini saya nak cuba Durian Hutan.
Gagah teruskan pencarian sehingga nampak signboard Hutan Rekreasi Gunung Nuang. Sampai area Masjid Pangsun jalan makin kecil.. ingat nak patah balik. Tapi tup.. tup ternampak gerai durian yang amat besar.
Wow! Di sini rupanya lubuk durian Hulu Langat "Durian Bukit Gunung Nuang". Buah durian berlonggok - longgok atas tanah. Di sini hampir semua durian bukit. Hmm.. apa beza durian bukit dengan durian kampung ekk π€ nampak macam sama jer.
Kawasan ini memang tempat pengumpulan durian dari kawasan sekitar. Durian Bukit, Durian Kampung dan Durian Hutan. Dan yang istimewanya saya juga terjumpa Durian Hanyut π .
Akhirnya, mata saya ternampak apa yang dicari 'DURIAN HUTAN"
Bro yang jual ini peramah sangat, siap bagitahu ada 2 jenis Durian Hutan. (Durian Hutan Daun & Durian Hutan Sampo).
Tapi hanya Durian Hutan Daun yang sedap dimakan. Durian Hutan Sampo terlalu pahit tapi ada juga orang yang sanggup makan sebab rasanya unik.
Saya beli beberapa biji durian hutan dan juga durian kampung untuk dimakan di chalet tepi sungai. Makan durian beramai -ramai dengan famili besar memang suatu momen yang paling indah.
Nak tahu keindahan sungai dan kenikmatan makan durian ditepi sungai. Jom! ikuti saya merayau mencari Durian Hutan di kawasan kampung yang begitu nyaman. Anak -anak sungai yang ada disini sesuai untuk activiti percutian keluaraga.
Lokasi Google Map:
Gerai Durian Bukit Gunung Nuang
https://goo.gl/maps/AQDhT3teDFrqvmHT6
Lokasi Google Map:
Impian Rimba Resort
https://goo.gl/maps/6UGsk5bvH2kTGHb87
(Resort ditepi sungai di Pangsun Hulu Langat)
website: http://impianrimba.com/
Alamat:
IMPIAN RIMBA RESORT ENTERPRISE
Lot 8944, Batu 22, Jalan Pangsoon,
Hulu Langat, 43100 Selangor.
Tel : 03 - 90211221 Fax : 03 - 90211217
Haji Ishak : 019 - 223 5304
Diyana : 017 - 539 1300
E-mail : impianrimba@yahoo.com
hulu langat resort | chalet hulu langat
Sehingga berjumpa lagi di next topik..
Ahad, 14 Julai 2019
Cara Niaga Nasi Lemak RM1 yang Paling Betul - CT Garden KL
Ramai peniaga mencari pendapatan menjual nasi lemak RM1.
Tetapi tidak ramai yang mengetahui bagaimana cara yang betul untuk menghasilkan keuntungan.
Rabu, 3 Julai 2019
Nasi Beriani Gam Putrajaya Memang Power | Taman Saujana Hijau Presint 11 seperti di Eropah
Nasi Biryani Gam adalah diantara makanan yang paling sedap di Malaysia. Cara masakannya rumit dan resepinya adalah hasil kepakaran turun temurun pelbagai bangsa dan pelbagai generasi selama beratus tahun.
Tebang Balak Pokok Getah Boleh Dapat Duit??
Pertama kali tengok orang tebang balak pokok getah. Memang pengalaman yang bagi saya begitu menarik. Rupanya Tebang Balak Pokok Getah in...
-
Kalau ke Genting Highlands kita akan risau masalah penginapan yang terhad dan agak mahal. Kini tidak lagi dengan adanya pembukaan Genting...
-
Kalau pergi Melaka tak makan Asam Pedas memang tak lengkap percutian. Balik rumah mula lah rasa menyesal nanti hehe.. Tenang-tenang ai...
-
Kami ke Lemang To'ki di Bentong untuk melihat apakah keistimewaannya yang menjadikannya begitu terkenal. Perniagaan ini sesuai untuk ...