Ahad, 30 Ogos 2020

Makan Dan Mandi Sampai Kecut Di Anak Sungai Di Kaki Gunung |La'Cottage Cafe & Chalet|Moh Kenei Perak

Kali ni saya nak bawa anda semua ke satu tempat yang sangat menarik.

Lokasinya dekat Jeram/Gopeng di Perak. Kawasan ini dikelilingi gunung-ganang dan airnya sangat jernih. Moh Kenai Perak!

Keistimewaan tempat ni, kita boleh makan didalam sungai sambil celup kaki dalam air yang sejuk.. Lepas makan boleh terus terjun dalam sungai.. best sangat.. :-) Kita boleh pilih samada nak datang untuk makan dalam sungai sahaja atau ambil pakej tidur dan makan.
Saya memilih pakej tidur dan makan.. dan amat seronok kerana tidak perlu risau memikirkan dimana nak cari makan. Kami diberi makan tengahari (makan atas sungai), makan malam beserta Barbeque (BBQ) dan sarapan pagi sebelum bertolak pulang. Di sekitar kawasan ini, terdapat banyak lokasi pelancongan. Oleh kerana kami terlalu sibuk berendam dalam sungai, tak sempat nak kesana. Saya senaraikan kesemua lokasi menarik dibawah ini. 1) La Cottage Cafe & Chalet, Jeram Perak https://goo.gl/maps/VXWzzLBFVwY5MNGZA Facebook: La Cottage Cafe & Chalet https://www.facebook.com/diyaresources84/ 2) Pusat Pengumpulan Durian di Kg Sg Genting - 10 minit dari La Cottage Cafe & Chalet https://goo.gl/maps/2KY1tPTchkqhdBiy9 3) Gua Tempurung - mendapat review yg tinggi dari pengunjung - 15 minit dari La Cottage Cafe & Chalet https://goo.gl/maps/NjD5it9ZnVx2sxpY8 4) Air Terjun Lata Kinjang - antara yang tertinggi di Asia Tenggara - 20 minit dari La Cottage Cafe & Chalet https://goo.gl/maps/LXb564VrUZY3BTsy8 5) Kellie's Castle - Istana lama dibina tahun 1915 tapi tak siap. - 25 Minit dari La Cottage Cafe & Chalet https://goo.gl/maps/wyKbumezX5SB61uz7 6) Muzium Kapal Korek Tanjung Tualang - belajar sejarah perak dan bijih timah :-) - 30 minit dari La Cottage Cafe & Chalet https://goo.gl/maps/8MxCH872eh2EsvW78 Selamat Bercuti Bersama Keluarga :-)


Sehingga berjumpa lagi di next topik..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan