Sabtu, 10 Oktober 2020

Saya Cuba 3 Mee Calong di Beserah Kuantan ! (Memang best)

Saya ke Beserah di Kuantan Pahang untuk mencuba Mee Calong yang sangat popular di sana. Tak sangka, bukan setakat beberapa gerai, rupa-rupanya ada bepuluh-puluh warung menjual Mee Calong.

Mula-mulanya agak sukar untuk memahami apa sebenarnya. Adakah sama macam bakso? Adakah sama dengan mee sup? Selepas mencuba warung pertama, saya masih teragak-agak. Tetapi setelah mencuba warung Mee Calong yang kedua dan ketiga, akhirnya saya dapat membezakan rasanya.
Bandar Beserah rupanya bukan bandar yang baru dibuka. Kewujudannya sudah lama. Kalau melihatkan usia Masjid lama Beserah yg dibina pada tahun 1850 (Masjid Ghairil Jamek Tuan Haji Senik) dan peninggalan bangunan Zaman British, bandar ini merupakan bandar yang penting pada masa dahulu. Di dalam video ini juga saya tunjukkan deretan kedai papan lama di bandar Beserah dan juga Beach Guesthouse yang digunakan oleh Pegawai British pada masa dahulu Jangan lupa menonton :-) 1) Warung Mee Kari Beserah (ada mee calong) https://goo.gl/maps/wCGWRtdasduGFMZA9 2) Mee Calong Tulang Ayam Dapo Arang (Sebelah Warung Calong Boathouse) https://goo.gl/maps/edUVmvwLuFHtW6DW7 3) Warung Pakmat Mee Calong https://goo.gl/maps/UrWsGaENRd7Ynsxx9 4) Mutiara Dexora Pantai Residence (homestay) https://goo.gl/maps/mcyXxe38cVWY9Fw77 5) Barisan Kedai Papan Bandar Lama Beserah (seberang Pejabat Pos Beserah) https://goo.gl/maps/Teaj6UorgRtWU1e59 6) Beserah Beach Guesthouse (Bekas rumah rehat Pegawai di zaman British) https://goo.gl/maps/4r8oyjfKxG5scbp49


Sehingga berjumpa lagi di next topik..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan