Jumaat, 22 November 2019

Umrah Ku 2019 - Enam Hari di Kota Mekah dan...

Sudah lama saya menyimpan niat untuk menunaikan Umrah di Tanah Suci dan melawat Makam Rasullulah serta menjejaki tempat-tempat bersejarah di Kota Mekah & Kota Madinah
Rasulullah SAW. bersabda: "Sebaik- baik Manusia Adalah Yang Paling Bermanfaat Bagi Orang Lain" Oleh itu, saya ingin berkongsi pengalaman semasa berada di sana. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua.
Tatapan ini hanya dari seorang insan biasa. Bukanlah dari golongan ilmuan agama. Mohon maaf sekiranya terdapat kekurangan dari mana-mana sudut. 

REHLA - Kit Halal Umrah Haji Diperbuat daripada ekstrak nenas atau bromelain yang amat sesuai digunakan semasa mengerjakan Umah dan Haji. Formula ekstrak yang kaya dengen intipati anti-radang ini meletakkan produk ini sebagai produk penjagaan kulit yang “harus dimiliki” Untuk mendapatkan maklumat lanjut sila klik link dibawah: https://www.facebook.com/rehlakithalal/

Sehingga berjumpa lagi di next topik..

Selasa, 29 Oktober 2019

Ayam Bakar Station di Blue Lagoon Port Dickson dan Rumah Api Cape Rachado

Kami ke Pantai Blue Lagoon di Port Dickson untuk menikmati keenakan Ayam Bakar Station yang terkenal dengan set ayam bakar madu. Apakah yang membuatkan gerai ini mendapat ulasan paling tinggi dari pengunjung disana? Mari kita kaji..

Kami juga meredah Pantai Tanjung Tuan (Blue Lagoon Beach) di waktu air pasang dan waktu air surut. Kemudian kami memanjat bukit ke Rumah Api Tanjung Tuan (Cape Rachado Lighthouse) untuk melengkapkan sesi riadah kali ini.
Keseluruhan trip ini amat menyeronokkan dan boleh dibuat secara balik hari dari Kuala Lumpur atau jika ada kelapangan anda boleh juga menginap di Resort yang berhampiran (PNB Ilham Resort).

Lokasi Ayam Bakar Station Port Dickson: https://goo.gl/maps/WkPskibCkXtUJXo98 Lokasi Pantai Tanjung Tuan Port Dickson (Blue Lagoon Beach/Cape Rachado Beach) https://goo.gl/maps/Fq11HjBwvZAD6wfU9 Lokasi Rumah Api Tanjung Tuan (Cape Rachado Lighthouse) https://goo.gl/maps/rng1pjGZ1ppNFGgn9 Lokasi Cendol Anau (Depan McDonald Shell Port Dickson) https://goo.gl/maps/1BJ243yeThmiy8gj6



Sehingga berjumpa lagi di next topik..

Ahad, 13 Oktober 2019

Laksa Utara Popular di Bandar Baru Bangi dan Laksa Kelantan

 Apa beza Laksa Utara dan Laksa Kelantan? Ada berapa jenis laksa di Malaysia?

Di tepian Tasik Cempaka Bandar Baru Bangi, terdapat satu gerai popular iaitu Gerai Redup Rimba. Terkenal dengan menu Laksa Utara dan Cendol. Saya bersama member opis ke sini untuk menikmati kelazatan laksa dan juga cendol yang ramai memperkatakan ini. Lokasinya memang mendamaikan, saya datang awal sebelum jam 1pm. Sebab lunch time nanti kesemua meja ini akan penuh. Dan yang pasti, tempat parking pun akan penuh. Kat sini style “Layan Diri”, sudah semestinya saya akan memilih menu Laksa Utara dan Cendol yang legend ni. Bagi saya sekiranya laksa itu rasa masam, saya akan panggil laksa utara. Laksa ini dihidang didalam bekas claypot dan memang cukup sifatnya hehe..
Manakala cendolnya pula, bagi saya mungkin antara yang paling sedap di area Bandar Baru Bangi. Gabungan kacang merah, jagung, sagu, cendol dan santan yang pekat memang terbaik. Tidak terlalu manis, tapi secukup rasa gula merahnya. Memang sesuai Laksa dan Cendol di pakejkan menjadi satu menu hebat. Suasana disini yang redup seakan-akan berada di kampung, betul-betul menenangkan jiwa. Selain laksa utara, saya juga mencari laksa Kelantan. Di Bandar Baru Bangi ini terdapat beberapa restoran Kelantan. Taman Cempaka ini sebenarnya bercantum dengan Bandar Baru Bangi. Saya meredah taman ini untuk mencari Laksa Kelantan yang berdekatan di sini. Anda mungkin tertanya, apa beza Laksa Kelantan dari Laksa Utara. Sebenarnya ada beberapa jenis laksa di Malaysia ini. Kalau saya search di google, ada sampai 10 kategori laksa. Tapi bila saya teliti satu persatu, sebenarnya ada 6 atau 7 sahaja. Pertama: Laksa Utara, ini termasuk Laksa Kedah, Penang dan Perlis. Laksa 3 negeri ini rasanya hampir sama. Kedua: Laksa Kelantan & Laksam dimana kuahnya menggunakan santan. Ketiga: Laksa Johor. Laksa ini menggunakan spaghetti dan kuahnya agak pekat. Keempat: Laksa Sarawak. Laksa ini mempunyai ramuan yang tersendiri dan menggunakan mee halus. Kelima: Laksa Nyonya Melaka. Ia dipengaruhi resepi kari Peranakan Melaka. Keenam: Laksa Belut. Laksa Belut ini saya asingkan sebab bukan semua orang boleh makan. Ketujuh: Laksa Terengganu. Laksa ini ada dua jenis iaitu kuah mentah dan kuah masak. Jom kita makan Laksa Kelantan dan laksam tidak jauh dari sini. Restoran Stesen Kota Baru di area Balakong. (Bandar Tun Hussein Onn). Laksa & Laksam Kelantan ini berbeza dengan laksa dari negeri lain. Kuahnya dimasak menggunakkan santan. Laksam dibuat daripada tepung beras yang digulung kemudian dipotong kecil. Kalau tabur serbuk belacan bakar diatas dikedua-dua laksa ini..pasti tidur asyik mengigau aje.. Inilah laksa favourite saya kini.
1) Laksa Utara (Laksa Penang, Kedah, Perlis) Lokasi video Laksa Redup Rimba: Tasik Cempaka, Bandar Baru Bangi https://goo.gl/maps/HHZxMxZV13tSg3yN7 2) Laksa Kelantan & Laksam Lokasi video restoran Stesen Kota Bharu, Balakong, Batu 9 Cheras. https://goo.gl/maps/gpaeHmAwToeiPxsG6 👇 Akan Datang 3) Laksa Johor 4) Laksa Sarawak 5) Laksa Nyonya Melaka 6) Laksa Belut 7) Laksa Terengganu (laksa putih & laksa merah)


Sehingga berjumpa lagi di next topik..

Sabtu, 28 September 2019

Makan Lemang To'ki dan Bakar Lemak di Kolam Air Panas Bentong

Kami ke Lemang To'ki di Bentong untuk melihat apakah keistimewaannya yang menjadikannya begitu terkenal.

Perniagaan ini sesuai untuk sesiapa yang mempunyai tanah di tepi jalan di kampung yang dekat dengan jalan besar.

Selain lemang, rendang daging dan rendang ayam, Toki juga mempunyai menu istimewa yang lain iaitu Ayam Bakar Cicah Air Asam. Kedai ini juga mempunyai tarikan tersendiri kerana mempunyai replika helikopter yang besar dan terdapat pengunjung yang datang kesini menaiki helikopter.
Di Bentong juga terdapat Kolam Air Panas terbuka yang popular. Kolam ini mempunyai resort di sebelahnya (Suria Hot Spring Bentong) dan terdapat kolam air panas dengan 3 peringkat kepanasan yang disediakan untuk pengunjung resort. Pastikan anda berendam di kolam air panas ini kerana dipercayai boleh menyihatkan kulit dan juga badan.
Google Map: Lokasi Lemang To'ki https://g.page/LemangToki?share Google Map: Lokasi Kolam Air Panas Suria Hot Spring Bentong https://goo.gl/maps/dBdTBS1G9oAhfSBn7 Google Map: Lokasi Lemang Toki Nombor 2 di Bentong Dikelolakan oleh anak To'ki, Rasanya sama sedap dan lebih dekat Highway Karak https://goo.gl/maps/r9q4oLZHrKxz4oCN6

Ahad, 15 September 2019

Berapa Kali Dia Tarik Haa.. Mee Tarik Warisan Asli di Sg Besi, Kuala Lumpur

Hari ini saya ke Sungai Besi KL untuk menikmati Mee Tarik Warisan Asli dari Lanzhou China. Kedai ini sangat popular dan mempunyai lebih 30 cawangan pada masa ini.

Mari kita kaji apa yang membuat restoran ini berjaya membuka cawangan demi cawangan di seluruh Malaysia Selain Beef Noodle (Mee Daging Lembu) yang menjadi 'signature dish', terdapat 2 lagi makanan yg sedap iaitu Lamb Toothpick dan Teh Ba Bao Sheng.
Selepas itu, saya ke Bukit Komanwel sebelah Stadium Bukit jalil untuk beriadah sambil menyihatkan badan.

Bukit ini tidak ramai yg tahu tetapi pemandangan disana agak menarik dengan pelbagai kenangan dari acara Sukan Komanwel yang pernah diadakan dahulu pada tahun 1998.

Lokasi Mee Tarik Warisan Asli (Lanzhou China) - HQ di Sungai Besi https://goo.gl/maps/fYKr8vfjhpWs3ojEA Lokasi Bukit Komanwel - 'The Hanging Gardens of Babylon' https://goo.gl/maps/XLt1Qffxrtq5WZsA7 Stadium Bukit Jalil - Trek Jogging getah 1.4 Km https://goo.gl/maps/66izZhkHB5xtcPdFA Selamat Menjamu Selera dan Beriadah :-)


Sehingga berjumpa lagi di next topik..

Jumaat, 30 Ogos 2019

Seronoknya! Menyusup dibawah 8 Jambatan Putrajaya dengan Basikal

Kami ke tepi tasik di Putrajaya berhampiran Masjid Besi (Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin)

Tahukah anda Putrajaya ini sebenarnya adalah sebuah Pulau buatan yang dihubungkan dengan 8 jambatan ikonik. Terdapat juga sebuah Restoran tepi tasik yang terkenal .

Banyak ulasan yg mengatakan makanan disana sedap belaka. Sebelahnya ada Monumen yang menarik. Namanya Monumen Alaf Baru (Millenium Monument). Ia terkenal dikalangan pelancong kerana strukturnya yang menarik. Serta maklumat berkenaan Malaysia terpahat di dinding.
Sekarang kita nak terjah Umai Cafe. Banyak menu yang sedap di sini. Kami memilih 3 menu iaitu Nasi Goreng Thai, Nasi Goreng Tom Yam dan Nasi Goreng USA. Tidak ketinggalan, saya juga order Lai Chi Kang Ipoh. Jom mengelilingi pulau Putrajaya. Tapi, jarak dalam 10 KM.. daya ke tak?
OK, kita boleh menikmati keindahan Pulau Putrajaya dengan “Bicycle Tour”. Bicycle tour ini mengambil masa lebih kurang dalam 1 jam 15 minit. Tapi untuk video ni, saya ringkaskan kepada 5 minit sahaja. Jambatan pertama ini adalah Jambatan Monorel yang tidak siap. Kemudian ke Tapak Floria, selama beberapa tahun ini acara Floria telah diadakan disini. Pada tahun lepas jumlah pengunjung lebih 1 juta orang.
Jambatan ke 2, adalah “ Jambatan Seri Saujana”, bagi saya ini pemandangan yang sangat cantik. Dapat dilihat sebelah kanan Marina Putrajaya, diikuti Hotel Pullman Putrajaya. Atap separuh itu adalah “ Universiti Heriot Watt”. Atap macam songkok tu adalah “PICC". Jambatan ke 3 iaitu “Jambatan Seri Gemilang”. Seakan - akan berada di Istanbul.Teruskan lagi ke jambatan ke 4 dan ke 5. Kelihatan kediaman kakitangan kerajaan, memang seronok tinggal disini boleh jogging setiap harı. Akhirnya saya telah sampai ke jambatan ke 6 iaitu “Jambatan Seri Bestari”. Dari jambatan ini kita akan memasuki Taman Wawasan Putrajaya. Nun, jauh disana kelihatan kubah Masjid Pink. Ini adalah antara pemandangan yang paling saya gemari, Jambatan ke 7 iaitu “Jambatan Putra”. Ia dibina dengan inspirasi jambatan kurun ke 17 di Isfahan Iran. Patutlah pelancong asing memanggil Putrajaya ini “Kota Aladdin”. Seni binanya sangat indah dan mendamaikan. Pengembaraan seterusnya amat menarik, terdapat terowong rahsia di sini tau.. (ingin tahu meh tengok video ni). Ini betul-betul akhir, saya sudah sampai jambatan yang ke 8 iaitu “Jambatan Seri Wawasan”. Kita akan melalui tepi restoran franchise popular yang sentiasa ramai pengunjung. Seterusnya kita ke pangkal jalan, basikal ini perlu dipulangkan ke tempat asalnya. Jangan lupa try menu cekodok pisang, Lempeng kelapa dan cucur udang di Umai Cafe ini yea.
JOM KE PUTRAJAYA! SELAMAT BERIADAH.. ============================== Lokasi Umai Cafe https://goo.gl/maps/iLkxxN6eEgerTbaw9 Lokasi Menara Alaf Baru (Millenium Monument) (Di sebelah Umai Cafe) https://goo.gl/maps/zvF14qing2pBKqEv7 Lokasi Basikal Sewa (Scooter bateri) (Tidak jauh dari Monumen Alaf Baru) https://goo.gl/maps/Edxkuf1ZPsugs2Dx8 Lokasi Floria Putrajaya (Yg kami lalui dalam video ini) https://goo.gl/maps/1ut8s22mHkYMEabh8 Lokasi Jambatan 'Istanbul' (Jambatan Seri Gemilang) https://goo.gl/maps/ETGbCYr7UZxijBuy7 Lokasi Jambatan 'Isfahan' (Jambatan Putra) https://goo.gl/maps/BeHSzFaDUP3cUe148 Terima Kasih kepada Encik Riduan yg menjadi pemandu arah untuk basikal (scooter) kami.


Sehingga berjumpa lagi di next topik..

Rabu, 21 Ogos 2019

Terbongkar! Lokasi 8 Sate Sedap di Kajang yang Perlu Anda Cuba

Kali ini saya ingin menerjah beberapa lokasi sate yang sedap di Kajang selain Sate Samuri dan Sate Willy. Bandar Kajang merupakan tempat bermulanya perniagaan sate di Semenanjung Malaysia.

Ianya di pelopori oleh Hj Tasmin dan Hj Rono bin Sakiban (adik beradik) yang datang dari Pulau Jawa sekitar 1911-1917.
Kini terdapat banyak Sate Kajang warisan kedua-dua pelopor ini yang diteruskan oleh cucu dan cicit mereka.

Selain itu, banyak juga sate di Kajang yg di usahakan oleh mereka yang pernah bekerja dengan Hj Tasmin atau Hj Rono. Dibawah ini adalah 8 Sate Kajang dan lokasi Google Map.

Saya letakkan Sate Samuri dan Sate Willy di bawah sekali sebab majoriti kita sudahpun pernah mencubanya. Pasti anda semua akan terkejut dengan penemuan ini! 1) Rono Satay (dan Foodtruck) https://youtu.be/pcclG5b2ioU?t=364 Taman Delima, Kajang https://goo.gl/maps/cm9zquRm8JY8EUkK6 2) Sate King - Sg Kantan, Kajang https://youtu.be/pcclG5b2ioU?t=441 Google Map https://goo.gl/maps/ta6hPtjdM76WGt2SA 3) Sate Warisan Hj Rono Sakiban https://youtu.be/pcclG5b2ioU?t=244 Medan Sate Lama (depan Plaza Metro kajang) https://goo.gl/maps/yxGHV23pa1guWZfr9 4) Sate Restoran Abang (Warisan Hj Rono) https://youtu.be/4JSNEau_Glg Berhampiran MRT Sg Jernih, Kajang https://goo.gl/maps/ERCXqs8E8z78tq6t6 5) Sate Emas Kajang https://www.youtube.com/watch?v=VCAuwj3jPok (peniaga terakhir Medan Sate Baru sebelum berpindah) Kini di Sg Kantan, Kajang - Dekat Masjid Kajang https://goo.gl/maps/NU7r15rSPtQYEkJZ7 6) Medan Satay Kajang Prima Saujana (Taman Jenaris) Ada 3 Sate disini, Sate Botak, Sate Noriwan dan Sate Intifadha. Mereka berpindah dari Sate Gerai Pemadam di tepi Masjid Kajang & Courts Mammoth, sebelum gerai dirobohkan. https://goo.gl/maps/hKMTBgw1Ra8Ts8sF8 7) Sate Hj Samuri Bangunan Dato Nazir, Stadium Kajang Sudah cukup popular, semua anda tahu :-) https://goo.gl/maps/JyYnyk2gFWma4mqk6 8) Willy Satay Meningkat popular dengan mendadak sejak 2008 Sg Ramal, Kajang https://goo.gl/maps/5Ke2tUTj3gv4YFke9  

Sehingga berjumpa lagi di next topik.. 

Tebang Balak Pokok Getah Boleh Dapat Duit??

Pertama kali tengok orang tebang balak pokok getah. Memang pengalaman yang bagi saya begitu menarik. Rupanya Tebang Balak Pokok Getah in...