Kami ke Pantai Blue Lagoon di Port Dickson untuk menikmati keenakan Ayam Bakar Station yang terkenal dengan set ayam bakar madu. Apakah yang membuatkan gerai ini mendapat ulasan paling tinggi dari pengunjung disana? Mari kita kaji..
Kami juga meredah Pantai Tanjung Tuan (Blue Lagoon Beach) di waktu air pasang dan waktu air surut. Kemudian kami memanjat bukit ke Rumah Api Tanjung Tuan (Cape Rachado Lighthouse) untuk melengkapkan sesi riadah kali ini.Selasa, 29 Oktober 2019
Ayam Bakar Station di Blue Lagoon Port Dickson dan Rumah Api Cape Rachado
Ahad, 13 Oktober 2019
Laksa Utara Popular di Bandar Baru Bangi dan Laksa Kelantan
Apa beza Laksa Utara dan Laksa Kelantan? Ada berapa jenis laksa di Malaysia?
Di tepian Tasik Cempaka Bandar Baru Bangi, terdapat satu gerai popular iaitu Gerai Redup Rimba. Terkenal dengan menu Laksa Utara dan Cendol. Saya bersama member opis ke sini untuk menikmati kelazatan laksa dan juga cendol yang ramai memperkatakan ini. Lokasinya memang mendamaikan, saya datang awal sebelum jam 1pm. Sebab lunch time nanti kesemua meja ini akan penuh. Dan yang pasti, tempat parking pun akan penuh. Kat sini style “Layan Diri”, sudah semestinya saya akan memilih menu Laksa Utara dan Cendol yang legend ni. Bagi saya sekiranya laksa itu rasa masam, saya akan panggil laksa utara. Laksa ini dihidang didalam bekas claypot dan memang cukup sifatnya hehe..Sabtu, 28 September 2019
Makan Lemang To'ki dan Bakar Lemak di Kolam Air Panas Bentong
Kami ke Lemang To'ki di Bentong untuk melihat apakah keistimewaannya yang menjadikannya begitu terkenal.
Perniagaan ini sesuai untuk sesiapa yang mempunyai tanah di tepi jalan di kampung yang dekat dengan jalan besar.
Selain lemang, rendang daging dan rendang ayam, Toki juga mempunyai menu istimewa yang lain iaitu Ayam Bakar Cicah Air Asam. Kedai ini juga mempunyai tarikan tersendiri kerana mempunyai replika helikopter yang besar dan terdapat pengunjung yang datang kesini menaiki helikopter.Ahad, 15 September 2019
Berapa Kali Dia Tarik Haa.. Mee Tarik Warisan Asli di Sg Besi, Kuala Lumpur
Hari ini saya ke Sungai Besi KL untuk menikmati Mee Tarik Warisan Asli dari Lanzhou China. Kedai ini sangat popular dan mempunyai lebih 30 cawangan pada masa ini.
Mari kita kaji apa yang membuat restoran ini berjaya membuka cawangan demi cawangan di seluruh Malaysia Selain Beef Noodle (Mee Daging Lembu) yang menjadi 'signature dish', terdapat 2 lagi makanan yg sedap iaitu Lamb Toothpick dan Teh Ba Bao Sheng.Jumaat, 30 Ogos 2019
Seronoknya! Menyusup dibawah 8 Jambatan Putrajaya dengan Basikal
Kami ke tepi tasik di Putrajaya berhampiran Masjid Besi (Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin)
Tahukah anda Putrajaya ini sebenarnya adalah sebuah Pulau buatan yang dihubungkan dengan 8 jambatan ikonik. Terdapat juga sebuah Restoran tepi tasik yang terkenal .Rabu, 21 Ogos 2019
Terbongkar! Lokasi 8 Sate Sedap di Kajang yang Perlu Anda Cuba
Sehingga berjumpa lagi di next topik..
Rabu, 31 Julai 2019
Nasi Ayam Paling Sedap di Semenyih
Kami mencuba keenakan Nasi Ayam di Semenyih. Ada dua nasi ayam sedap di pekan ini. Kami mencuba Nasi ayam yang lokasinya di depan padang SJKC Semenyih. Di warung yang sama juga ada Cucur Udang dan Tauhu goreng yang sedap. Orang ramai sentiasa penuh dan kena beratur. Kalau sebut Semenyih, kita akan ingat Bukit Broga. Mungkin bukit untuk hiking yang paling popular di Malaysia. Selain itu, Semenyih juga popular dengan kawasan kediaman yang besar.
Dengan Taman dan landskap yang cantik. Dulu Semenyih berada di bawah Negeri Sembilan. Sebab itu asal nama Semenyih dari dialek Nogori yang bermaksud “Sembunyi”.
Dari atas bukit ini nanti kita boleh nampak pemandangan 360 darjah. Serta pemandangan gunung -ganang sekeliling termasuklah Bukit Broga. Taman ini mempunyai keluasannya 11 ekar. Mula dibuka sejak Oktober 2013. Anda kena naik berpusing-pusing beberapa kali. Terdapat 3 pusingan untuk sampai ke puncak bukit. Saya suka bukit ini kerana tidak terlalu tinggi iaitu 92 meter dari paras laut.
Namun begitu, sudah cukup untuk membakar kalori dan membuatkan saya tercungap-cungap. Di puncak ini, anda dapat melihat permandangan sekeliling yang cantik dan juga kedua-dua puncak Bukit Broga. Pekan Semenyih pun boleh dilihat di atas puncak bukit ini.
OK, dah penat berselfie, jom kita merayau cari makan di Pekan Semenyih. Ada 2 Nasi Ayam yang sedap di Semenyih ini. Yang pertama, adalah Nasi Ayam Depan BSN Semenyih.
Satu lagi Nasi Ayam depan Padang Sekolah Cina Semenyih. Atau dipanggil Kedai Nasi Ayam, Cucur Udang & Tauhu.
Ketiga-tiga menu ini dijual di didalam kedai yang sama. Pasti sesiapa yang telah tinggal lama di Semenyih ini tahu kewujudan kedai makan yang sedap ini. Ada yang mengatakan kalau di Kajang terkenal dengan satay.
Di Semenyih pulak adalah Nasi Ayam depan Padang Sekolah Cina. Sebaiknya datang awal dalam jam 10.30 pagi. Takut selepas jam 11.00 pagi dah mula beratur panjang.
Tips untuk anda, bahagian kiri beratur untuk Cucur Udang dan tauhu. Kalau makan disini boleh order di meja. Hehe.. kalau nak bungkus kena beratur.
Di sebelah kanan pulak, beratur untuk nasi ayam. Untuk nasi ayam samada nak makan atau bungkus tetap kena beratur. Saya order 2 nasi ayam dan juga Cucur Udang serta tauhu. Kenapa agaknya popular sangat kesemua menu disini? Patutlah.. bagi saya kesedapan nasi ayam ini adalah terletak kepada kuah merah lada dan sup.
Manakala, cucur udang dan tauhu pula keduanya garing diluar dan lembut didalam. Paling best sos pencicah ni.. memang boleh membuatkan sesiapa rasa bahagia. Mai lah datang ke Semenyih, kita beriadah dan menikmati nasi ayam legend disini.
Walaupun kedai ini tidak ada nama, disebabkan kesedapan ketiga-tiga menu ini telah berjaya menjadikan ia begitu popular.
Google Map:
Nasi Ayam Depan Padang SKJC Semenyih https://goo.gl/maps/nRn1d4eTeadMB2Uo6 Google Map: Setia Ecohill Park Taman yang cantik serta bukit setinggi 92 Meter dengan pemandangan 360 darjah sekeliling Semenyih/ https://goo.gl/maps/9z4gX2LQwbMBpkWD7 Google Map Nasi Ayam 'Depan BSN' Ini nasi ayam sedap satu lagi di Semenyih. Kami tak sempat mencuba pada hari itu. Next time lalu sini pasti singgah :-) https://goo.gl/maps/6tLAB29ZkLDivNuP6
Sehingga berjumpa lagi di next topik..
Tebang Balak Pokok Getah Boleh Dapat Duit??
Pertama kali tengok orang tebang balak pokok getah. Memang pengalaman yang bagi saya begitu menarik. Rupanya Tebang Balak Pokok Getah in...

-
Kali ini saya ingin menerjah beberapa lokasi sate yang sedap di Kajang selain Sate Samuri dan Sate Willy. Bandar Kajang merupakan temp...
-
Kalau pergi Melaka tak makan Asam Pedas memang tak lengkap percutian. Balik rumah mula lah rasa menyesal nanti hehe.. Tenang-tenang ai...
-
Kalau ke Genting Highlands kita akan risau masalah penginapan yang terhad dan agak mahal. Kini tidak lagi dengan adanya pembukaan Genting...