Selasa, 1 Januari 2019

INGIN BERNIAGA SENDIRI?

 

Dah bertahun-tahun saya kerja makan gaji, pelbagai kerja sudah merasa.Part kena tukar department ke sana ke sini jadi perkara biasa dah bagi saya. Tapi bila time gaji tu yang best sangat.. namun keindahan perasaan itu sekejap jer, tolak hutang sana tolak hutang sini.. tinggal lah "ciput 💰" sampai hujung bulan.


Mulalah fikir dah kena buat bisnes kecilan jer ni. (dengan harapan bolehlah tampal yang mana "bocor" tu).


Soalan ini mula berligar - ligar di kepala👇🏻

  • Ingin bisnes tapi nak jual apa?
  • Macam mana dan start bisnes ni?
  • Macam mana nak naik kan bisnes?


Jangan cakaplah, saya dengan bersemangatnya mula lah "sembur" idea di Peta minda (mindmap). Kesudahannya diri sendiri confuse nak pilih yang mana, nak mula yang mana.


  • Nak Bisnes Produk Kecantikan 
  • Nak Bisnes Tudung 
  • Nak Bisnes Produk Nak Kurus 
  • Nak Bisnes Barangan DIY 
  • Nak Bisnes Alatan Kosmetik 
  • Nak Bisnes Gadget Phone yang rare 
  • Nak Bisnes Makanan Frozen
  • Nak Bisnes Barangan kanak - kanak
  • Nak Bisnes Brooch 
  • Nak Bisnes Gadget Sukan
  • Nak Jadi Dropship (Lazada, Shopee)
  • Nak Jadi Affiliate
  • Nak Jadi Youtuber
  • Nak Bisnes Course Online
  • Nak Bisnes Barang Terpakai
  • Nak Bisnes Servis Door Gift

macam - macam idea yang keluar setelah bertanya dengan "Pak Google" 😁.. 


Banyak lagi rupa yer idea bisnes di luar sana yang boleh cuba. Apa yang penting jangan fikir sangat produk atau servis tetapi fikirkan apa masalah untuk diselesaikan.


Dalam erti kata yang lain, kena tahu apa masalah yang dihadapi dan bagaimana cara untuk menyelesaikan permasalahan tersebut.


Next topik, saya akan kongsi apa bisnes yang saya pilih..

Tebang Balak Pokok Getah Boleh Dapat Duit??

Pertama kali tengok orang tebang balak pokok getah. Memang pengalaman yang bagi saya begitu menarik. Rupanya Tebang Balak Pokok Getah in...