Jumaat, 28 Februari 2020

Laksa Buyung Sungai Lui & Air Terjun Beratus - ratus Tangga [Sungai Gabai Selangor]

Mari kita berehat hujung minggu ini di satu lokasi kampung tak jauh dari ibukota, dan menikmati laksa buyung di tepi anak sungai.

Kemudian kita teruskan pengembaraan mendaki air terjun yang mempunyai hampir 350 anak tangga.

Tiba di puncak kita akan menikmati pemandangan yang cantik kawasan kawasan mandian yang sangat menyeronokkan.


Lokasi Laksa Buyung: Jalan Sungai Lui, Selangor https://goo.gl/maps/XXLQjoxcCGsqcygBA Lokasi Air Terjun Sungai Gabai, Selangor https://goo.gl/maps/hxDXq59Ra3f4jpJs7


Sehingga berjumpa lagi di next topik..

Sabtu, 15 Februari 2020

Cendol Genius yang Anda Tidak Pernah Jumpa! [Cendol Kg Hulu Melaka]

Kali ini kami mencuba menu cendol yang amat istimewa dan lain dari yang lain. Sesiapa yang tak minat cendol pun pasti akan makan sampai habis licin.

Lokasinya tak jauh dari Bangunan Stadhuys Melaka. Mari ikuti kami menyusuri Sungai Melaka yang cantik sambil menimba ilmu dari Gerai Cendol Kg Hulu ini.


Lokasi Google Map: Cendol Kampung Hulu, Melaka https://g.page/cendolkampunghulu?share Lokasi Pokok Melaka https://goo.gl/maps/G3mSRjwZKanjjUhZA - Sebelah Runtuhan Kota Bastion Melaka


Sehingga berjumpa lagi di next topik..

Jumaat, 7 Februari 2020

Dua Asam Pedas Viral di Melaka yang Patut Anda Cuba!

Kalau pergi Melaka tak makan Asam Pedas memang tak lengkap percutian. Balik rumah mula lah rasa menyesal nanti hehe..

Tenang-tenang air di laut Sampan kolek mudik ke tanjung Hati terkenang mulut menyebut Rindu ini tiara penghujung Kan dah teringat-ingat Asam Pedas :-). Macam tu le bunyi pantunnya..
Melaka ini terdapat banyak kedai makan Asam Pedas. Kali ini saya ingin berkongsi 2 Kedai Asam Pedas yang masing-masing mempunyai cara masakan yang berbeza dan unik. Keduanya mempunyai Online Review yang tinggi.

Lokasi Asam Pedas Pak Man https://goo.gl/maps/63qJC9Ycqc3tUtqF9 - dekat Tol Ayer Keroh Melaka Lokasi Asam Pedas Selera Kampung https://goo.gl/maps/mZujMtP5XHwxdhDg9 - dekat A Famosa Banda Hilir


Sehingga berjumpa lagi di next topik..

Tebang Balak Pokok Getah Boleh Dapat Duit??

Pertama kali tengok orang tebang balak pokok getah. Memang pengalaman yang bagi saya begitu menarik. Rupanya Tebang Balak Pokok Getah in...