Memaparkan catatan dengan label Laksa Utara Popular di Bandar Baru Bangi dan Laksa Kelantan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Laksa Utara Popular di Bandar Baru Bangi dan Laksa Kelantan. Papar semua catatan

Ahad, 13 Oktober 2019

Laksa Utara Popular di Bandar Baru Bangi dan Laksa Kelantan

 Apa beza Laksa Utara dan Laksa Kelantan? Ada berapa jenis laksa di Malaysia?

Di tepian Tasik Cempaka Bandar Baru Bangi, terdapat satu gerai popular iaitu Gerai Redup Rimba. Terkenal dengan menu Laksa Utara dan Cendol. Saya bersama member opis ke sini untuk menikmati kelazatan laksa dan juga cendol yang ramai memperkatakan ini. Lokasinya memang mendamaikan, saya datang awal sebelum jam 1pm. Sebab lunch time nanti kesemua meja ini akan penuh. Dan yang pasti, tempat parking pun akan penuh. Kat sini style “Layan Diri”, sudah semestinya saya akan memilih menu Laksa Utara dan Cendol yang legend ni. Bagi saya sekiranya laksa itu rasa masam, saya akan panggil laksa utara. Laksa ini dihidang didalam bekas claypot dan memang cukup sifatnya hehe..
Manakala cendolnya pula, bagi saya mungkin antara yang paling sedap di area Bandar Baru Bangi. Gabungan kacang merah, jagung, sagu, cendol dan santan yang pekat memang terbaik. Tidak terlalu manis, tapi secukup rasa gula merahnya. Memang sesuai Laksa dan Cendol di pakejkan menjadi satu menu hebat. Suasana disini yang redup seakan-akan berada di kampung, betul-betul menenangkan jiwa. Selain laksa utara, saya juga mencari laksa Kelantan. Di Bandar Baru Bangi ini terdapat beberapa restoran Kelantan. Taman Cempaka ini sebenarnya bercantum dengan Bandar Baru Bangi. Saya meredah taman ini untuk mencari Laksa Kelantan yang berdekatan di sini. Anda mungkin tertanya, apa beza Laksa Kelantan dari Laksa Utara. Sebenarnya ada beberapa jenis laksa di Malaysia ini. Kalau saya search di google, ada sampai 10 kategori laksa. Tapi bila saya teliti satu persatu, sebenarnya ada 6 atau 7 sahaja. Pertama: Laksa Utara, ini termasuk Laksa Kedah, Penang dan Perlis. Laksa 3 negeri ini rasanya hampir sama. Kedua: Laksa Kelantan & Laksam dimana kuahnya menggunakan santan. Ketiga: Laksa Johor. Laksa ini menggunakan spaghetti dan kuahnya agak pekat. Keempat: Laksa Sarawak. Laksa ini mempunyai ramuan yang tersendiri dan menggunakan mee halus. Kelima: Laksa Nyonya Melaka. Ia dipengaruhi resepi kari Peranakan Melaka. Keenam: Laksa Belut. Laksa Belut ini saya asingkan sebab bukan semua orang boleh makan. Ketujuh: Laksa Terengganu. Laksa ini ada dua jenis iaitu kuah mentah dan kuah masak. Jom kita makan Laksa Kelantan dan laksam tidak jauh dari sini. Restoran Stesen Kota Baru di area Balakong. (Bandar Tun Hussein Onn). Laksa & Laksam Kelantan ini berbeza dengan laksa dari negeri lain. Kuahnya dimasak menggunakkan santan. Laksam dibuat daripada tepung beras yang digulung kemudian dipotong kecil. Kalau tabur serbuk belacan bakar diatas dikedua-dua laksa ini..pasti tidur asyik mengigau aje.. Inilah laksa favourite saya kini.
1) Laksa Utara (Laksa Penang, Kedah, Perlis) Lokasi video Laksa Redup Rimba: Tasik Cempaka, Bandar Baru Bangi https://goo.gl/maps/HHZxMxZV13tSg3yN7 2) Laksa Kelantan & Laksam Lokasi video restoran Stesen Kota Bharu, Balakong, Batu 9 Cheras. https://goo.gl/maps/gpaeHmAwToeiPxsG6 👇 Akan Datang 3) Laksa Johor 4) Laksa Sarawak 5) Laksa Nyonya Melaka 6) Laksa Belut 7) Laksa Terengganu (laksa putih & laksa merah)


Sehingga berjumpa lagi di next topik..

Tebang Balak Pokok Getah Boleh Dapat Duit??

Pertama kali tengok orang tebang balak pokok getah. Memang pengalaman yang bagi saya begitu menarik. Rupanya Tebang Balak Pokok Getah in...