Memaparkan catatan dengan label Nasi Ayam Paling Sedap di Semenyih. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Nasi Ayam Paling Sedap di Semenyih. Papar semua catatan

Rabu, 31 Julai 2019

Nasi Ayam Paling Sedap di Semenyih

 

Kami mencuba keenakan Nasi Ayam di Semenyih. Ada dua nasi ayam sedap di pekan ini. Kami mencuba Nasi ayam yang lokasinya di depan padang SJKC Semenyih. Di warung yang sama juga ada Cucur Udang dan Tauhu goreng yang sedap. Orang ramai sentiasa penuh dan kena beratur. Kalau sebut Semenyih, kita akan ingat Bukit Broga. Mungkin bukit untuk hiking yang paling popular di Malaysia. Selain itu, Semenyih juga popular dengan kawasan kediaman yang besar.

Dengan Taman dan landskap yang cantik. Dulu Semenyih berada di bawah Negeri Sembilan. Sebab itu asal nama Semenyih dari dialek Nogori yang bermaksud “Sembunyi”.

OK hari ini saya tak nak panjat Bukit Broga Semenyih. Tapi saya nak panjat satu bukit yang cantik dan mendamaikan. Lokasinya di Setia Ecohill Park.

Dari atas bukit ini nanti kita boleh nampak pemandangan 360 darjah. Serta pemandangan gunung -ganang sekeliling termasuklah Bukit Broga. Taman ini mempunyai keluasannya 11 ekar. Mula dibuka sejak Oktober 2013. Anda kena naik berpusing-pusing beberapa kali. Terdapat 3 pusingan untuk sampai ke puncak bukit. Saya suka bukit ini kerana tidak terlalu tinggi iaitu 92 meter dari paras laut.

Namun begitu, sudah cukup untuk membakar kalori dan membuatkan saya tercungap-cungap. Di puncak ini, anda dapat melihat permandangan sekeliling yang cantik dan juga kedua-dua puncak Bukit Broga. Pekan Semenyih pun boleh dilihat di atas puncak bukit ini.

OK, dah penat berselfie, jom kita merayau cari makan di Pekan Semenyih. Ada 2 Nasi Ayam yang sedap di Semenyih ini. Yang pertama, adalah Nasi Ayam Depan BSN Semenyih.

Satu lagi Nasi Ayam depan Padang Sekolah Cina Semenyih. Atau dipanggil Kedai Nasi Ayam, Cucur Udang & Tauhu.

Ketiga-tiga menu ini dijual di didalam kedai yang sama. Pasti sesiapa yang telah tinggal lama di Semenyih ini tahu kewujudan kedai makan yang sedap ini. Ada yang mengatakan kalau di Kajang terkenal dengan satay.

Di Semenyih pulak adalah Nasi Ayam depan Padang Sekolah Cina. Sebaiknya datang awal dalam jam 10.30 pagi. Takut selepas jam 11.00 pagi dah mula beratur panjang.

Tips untuk anda, bahagian kiri beratur untuk Cucur Udang dan tauhu. Kalau makan disini boleh order di meja. Hehe.. kalau nak bungkus kena beratur.

Di sebelah kanan pulak, beratur untuk nasi ayam. Untuk nasi ayam samada nak makan atau bungkus tetap kena beratur. Saya order 2 nasi ayam dan juga Cucur Udang serta tauhu. Kenapa agaknya popular sangat kesemua menu disini? Patutlah.. bagi saya kesedapan nasi ayam ini adalah terletak kepada kuah merah lada dan sup.

Manakala, cucur udang dan tauhu pula keduanya garing diluar dan lembut didalam. Paling best sos pencicah ni.. memang boleh membuatkan sesiapa rasa bahagia. Mai lah datang ke Semenyih, kita beriadah dan menikmati nasi ayam legend disini.

Walaupun kedai ini tidak ada nama, disebabkan kesedapan ketiga-tiga menu ini telah berjaya menjadikan ia begitu popular.



Google Map:

Nasi Ayam Depan Padang SKJC Semenyih https://goo.gl/maps/nRn1d4eTeadMB2Uo6 Google Map: Setia Ecohill Park Taman yang cantik serta bukit setinggi 92 Meter dengan pemandangan 360 darjah sekeliling Semenyih/ https://goo.gl/maps/9z4gX2LQwbMBpkWD7 Google Map Nasi Ayam 'Depan BSN' Ini nasi ayam sedap satu lagi di Semenyih. Kami tak sempat mencuba pada hari itu. Next time lalu sini pasti singgah :-) https://goo.gl/maps/6tLAB29ZkLDivNuP6

Sehingga berjumpa lagi di next topik..

Tebang Balak Pokok Getah Boleh Dapat Duit??

Pertama kali tengok orang tebang balak pokok getah. Memang pengalaman yang bagi saya begitu menarik. Rupanya Tebang Balak Pokok Getah in...